CRAEZ CAFE MENJANJIKAN MAKANAN TERBAIK.

Mungkin ramai yang tak tahu tentang CRAEZ CAFE.Aku pun sebenarnya baru first time datang sini itu pun atas jemputan food review bersama sembilan blogger lagi,Cafe ni berada kat SS6/3 Kelana Jaya,berada kat bangunan UNITAR,tingkat 1.Korang boleh parking kat luar bangunan tu,tak perlu nak parking kat basement UNITAR,kalau malas nak masuk dalam.Cafe ni masih baru lagi dan ia di buka pada 11 disember 2013.Dibuka oleh tiga rakan kongsi yang sangat awesome!!


craez cafe terbaik
Dekorasi Cafe yang menarik.


craez cafe terbaik
CRAEZ CAFE dimilki oleh tiga rakan kongsi Azrin ,Saiful dan Imelda Harris (Masterchef all stars).Mereka bertiga memang so,peramah.

Menu apa yang menarik kat CRAEZ CAFE? Menu kat sini berkonsepkan Western Food.Terus terang memang best makan kat sini.Korang pun kena datang rasa makanan yang enak-enak dan sungguh mempersonakan anak tekak ni.haha.Jom kita tengok menu-menu yang disajikan kepada kami.

white storm lasagna
White Storm Lasagna,rasanya sangat sedap.kombinasi inti ayam dan berkuahkan sos carbonara.seperti namanya White Storm.Habis pun macam storm jugak.Nak tau harga kena datang sendiri kat CRAEZ CAFE.

craezy craez pizza
Craezy craez pizza,Imelda bagi gelaran pizza mak katanya.Kalau korang tengok kat pizza tu penuh dengan cendawan,isi ayam,keju mozzarella dan keju parmesan.Kalau perut lapar satu hidangan ni memang untuk sorang jer tak boleh kongsi.
Harga RM21.90

beef lasagna
Beef Lasagna.Rasa terliur tak tengok gambar tu.kelembutan teksturnya yang berintikan daging lembu ditambah dengan sos tomato memang menggamit selera.
Harganya RM15.50.

lamb chop
Lamb Chop antara makanan kegemaran ku.Pantang nampak mesti nak kena order.Makan kat sini memang puashati,Dagingnya yang lembut serta kuah blackpepper yang kurang pedas.sesuai untuk mereka yang takut pedas.Harga RM18.90.

craez cafe terbaik.
Aglio Orio Shrimp dimasak dengan menggunakan minyak zaitun.Sesuai untuk yang tengah berdiet.
Harga RM15.50

craez cafe terbaik
Craezy Fire Carbonara,rasanya pedas-pedas sedap.segan-segan makan tapi habis.Menu ni hasil Ilham Imelda Harris sendiri dengan menggunakan herba rahsia katanya.Kena cuba bila datang Craez Cafe.Harga pun belum masuk kat menu lagi.

craez cafe terbaik
craez cafe terbaik
Sempat lagi si Imelda ni beraksi di depan lensa kami semua.

Habis cerita pasal makan,sekarang kita masuk bab minuman dan desert pulak.Ok dah ready yer.Bukan apa,sebab minuman kat Craez Cafe ni sangat-sangat mengujakan.Kalau tak percaya jom tengok.

craez cafe terbaik
Antara minuman special kat Craez Cafe dari kiri Beach Street Cooler,Craez Green Lake,Blue Lagoon dan Flamingo.Warnanya saja dah cukup untuk membuatkan tekak terasa haus,lebih-lebih lagi di waktu panas terik.

craez king castle
Craez King Castle,rasa sayang nak minum tengok hiasannya.sungguh creative.Dipenuhi dengan marshmallow,buah epal-wing dan buah anggur.
Harga RM16.90

chocolate paradise
Chocholate Paradise,dipenuhi dengan coklat dari bawah sampai atas.Khas buat penggemar coklat.
Harga RM14.90

Bagi yang tak suka air sejuk jangan risau,ada menu panas untuk korang.

cappucinno terbaik
Cappucinno dari biji kopi asli.
Harga RM8.90

hot chocolate
Hot Chocolate RM9.90

craez cafe terbaik
Sebelum terlupa CRAEZ Cafe ada menyediakan loyalti kad untuk pelanggan yang kerap ke sini.Peluang baik untuk pelanggan setia.

Korang boleh pilih mana yang korang suka.Kalau aku diberi pilihan memang semua aku nak.Ingat nanti bila ada masa terluang nak repeat balik cafe ni.

craez cafe terbaik
 Pemilik Craez Cafe bergambar bersama blogger yang hadir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...