Makan Ketam di Crab Factory.

Jom jelajah apa yang ada di Crab Factory SS2 Petaling Jaya.Ikutkan dulu aku memang seorang yang sensitif dengan makanan laut seperti udang,ketam dan kawan-kawan seangkatan dengannya.Tapi entah macamana alergik tu semua hilang pada usia-usia mencecah 4 series ni.Kira macam rezeki.
Sebenarnya,kalau dulu nak makan seafood bukan main takut lagi.Sekarang dah boleh masuk.Sebab tu aku terima pelawaan rakan blogger Mr.Jocko ke Crab Factory ni.Thanks Bro sebab sudi jemput.Kalau nak harap aku pergi sendiri ke tempat-tempat macam ni memang takde kot.Actually Restoran ni dimiliki oleh Miss T.Y Ooi,memang agak ragu-ragu mulanya nak makan,tapi selepas diberitahu oleh owner kedai yang dia menggunakan tukang masak orang Islam di restorannya keraguan tersebut reda sedikit.

Makan Ketam di Crab Factory

Menu utama di Restoran Crab Factory adalah Ketam dan Udang,cara penyediaaan dan makan di sini agak unik sedikit sebab tiada penggunaan pinggan.Hanya menggunakan plastik.Cara penyediaan,makanan dihidangkan didalam plastik dan di atas meja juga sudah dilapik dengan plastik,kita makan terus di atas plastik tersebut.Ini bagi memudahkan masa nak kemas nanti.Tinggal bungkus dan buang sahaja.Mari tengok menu-menu yang telah dihidangkan kepada kami..

Makan Ketam di Crab Factory
Sebelum makan kena guna apron dulu.Makanan ada dalam plastik tersebut.

Makan Ketam di Crab Factory
Makan Ketam di Crab Factory
Makan Ketam di Crab Factory
Kategori makanan diatas adalah kategori yang hardcore,boleh buat pertandingan kalau makan kat sini.Sebab apa? Terus terang aku cakap menu kat atas ni memang pedas.betul-betul fear factor tapi sedap.Makan sambil mengalir air mata.

Makan Ketam di Crab Factory
Peralatan yang digunakan untuk makan.

Makan Ketam di Crab Factory
Makan Ketam di Crab Factory
Makan Ketam di Crab Factory
Makan Ketam di Crab Factory
Makan Ketam di Crab Factory
Bagi yang tak boleh makan pedas atau hot,boleh makan menu yang ini.

Makan Ketam di Crab Factory
Masa untuk makan.Aku pedas boleh makan tak jadi hal,cuma kena makan slow motion.Tak boleh main masuk.Biar lambat asal selamat.

Makan Ketam di Crab Factory
Selesai jua akhirnya,tak banyak manapun aku makan.Sekadar kemampuan.Nak sumbat lagi tapi tak boleh.Apakan daya.

Ketam yang digunakan kat sini adalah ketam nipah dan ia halal di makan.Yang tak boleh makan ketam batu.Aku tengok kat bahagian belakang ketam ada dua kaki yang berbentuk bersirip,maka sahlah yang itu ketam nipah.Kalau ketam batu dia berbentuk tajam seperti kaki yang lain.Senang jer nak tengok beza kan.Ketam,Udang Lobster species kecik dan species siput di sediakan segar.Masih fresh lagi sebelum di masak.

Makan Ketam di Crab Factory
Makan Ketam di Crab Factory

Makan Ketam di Crab Factory

Makan Ketam di Crab Factory
Waktu operasi Crab Factory.Kalau rasa teringin boleh datang.Jangan malu-malu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...