Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor.

Alhamdulillah,setelah berbincang aku dan tiga rakan bersetuju untuk menubuhkan sebuah kelab kebajikan khas untuk membuat dan menganjurkan projek amal.Permohonan tersebut mengambil masa selama enam bulan untuk diluluskan oleh pihak R.O.S .Ini kerana permohonan pertama kami telah di tolak kerana alasan atau sebab untuk penubuhan kelab tidak kukuh.Jadi untuk permohonan yang kedua kami ad-on sebab penubuhan kelab.Alhamdulillah pada Januari 2014 permohonan tersebut telah di luluskan.Atas usaha keras salah seorang rakan kami beberapa dana kecil berjaya dikutip.Dan projek amal Kelab kebajikan Nur Insaniah Selangor yang pertama adalah memberi makanan percuma kepada warga gelandangan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman,Kuala Lumpur pada 28 Januari 2014 yang lepas.Program bermula pada pukul 11 malam sehingga 1 pagi.

Apa yang menariknya Program tersebut disertai oleh 21 sukarelawan daripada Institut Integrasi Malaysia.Terima kasih kepada para sukarelawan-sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan program amal pada malam tersebut.Aku rasa berpuashati dengan Program tersebut dan in shaa ALLAH program seterusnya akan berjalan seperti yang dirancang.
Antara agenda yang bakal kami jalankan atas nama Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor adalah:
*Pemberian makanan percuma kepada warga gelandangan sebulan 2 kali.
*Sumbangan fakir miskin dan anak-anak yatim.
*Sumbangan barang keperluan sekolah (setahun sekali)
*Sumbangan hari raya
*Bantuan kelas tambahan untuk anak-anak yatim 
*Dan banyak lagi.

Antara gambar yang telah dirakamkan sepanjang program pada malam 28 januari 2014 yang lepas.

Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
Sukarelawan Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor.

Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
Sepatah dua kata sebelum program bermula.

Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
Packing makanan dan minuman

Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor

Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
Kawasan dikesan.

Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...