Transformers datang ke Malaysia 2014.

Pada 9 January yang lepas saya bersama team Blooggersdotcom menerima jemputan  untuk ke Transformers Expo Malaysia 2014 Soft Launch di Resort World Genting.Target Exposition Sdn Bhd merupakan penganjur Expo tersebut dengan kerjasama Hasbro INC.Expo Transformers terbesar asia ini akan bermula pada 31 Jan sehingga 16 Feb 2014.Di Arena Of Stars ,Genting Highlands dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.Expo ini diadakan bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.
Di Expo itu nanti orang ramai boleh berkenalan dan mengetahui tentang sejarah Transformers dari first generation sehingga kini.Apa yang menariknya nanti kat situ ada Transformers setinggi lebih 20 kaki yang bakal mengggegarkan orang ramai dan peminat Transformers.Dan orang ramai juga berpeluang untuk melihat pelbagai jenis koleksi transformers dari yang kecil sehingga yang besar.
Masa tu juga nanti ada Display Kereta Camaro,Kereta Chevrolet paling Famous abad ini.

transformers expo 2014


Apa lagi yang ada nanti,Anda berpeluang untuk masuk ke Dunia Cybertron.Dunia fantasy yang sangat menarik untuk di terokai.Sesekali nak jadi Hero Transformers apa salahnya.Orang ramai juga dapat merasai dan  mendengar aksi-aksi Transformers dalam bentuk 3D.Apa yang anda  lihat dan dengar nanti seolah-olah betul-betul ada didepan mata.memang sangat mengagumkan.

transformers expo 2014

Yang lagi menarik bagi peminat Transformers di Malaysia korang berpeluang untuk bergambar secara personal dengan Optimus Prime yang berketinggian lebih 20 kaki.dan juga bergambar dengan Bumble Bee.Semua nya secara live.

transformers expo 2014
transformers expo 2014
transformers expo 2014

Kat sana nanti ada booth jualan pelbagai koleksi permainan Transformers.dan juga koleksi pakaian dan pelbagai barangan yang berkaitan dengan Transformers.

Apa lagi jom beramai-ramai datang ke Arena Of Stars jumpa dengan robot kegemaran anda.Jangan lepaskan peluang keemasan ini.Harga tiket untuk Dewasa RM55 dan RM45 untuk kanak-kanak.
Untuk tempahan tiket sila hubungi talian Hot Line Genting : +603-2718 1118

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...