Langkah-langkah pencegahan penipuan online dan offline

Sejak kebelakangan ni ,saya lihat terlalu banyak sangat kes-kes kecurian identiti dan penipuan di internet .Dimana silapnya?Mungkin sebab tiada langkah-langkah pencegahan penipuan online dan offline .Saya pernah menjadi mangsa kecurian identiti di internet pada tahun 2011.Kad kredit saya telah digunakan oleh individu dari Eropah.Nasib saya baik sebab pegawai bank yang bertugas sempat sekat dan detect kad saya.Nak sebut ke nama Bank tersebut...Terima kasih banyak kepada pihak Ambank.Tindakan pantas Pegawai tersebut menyebabkan duit saya terselamat.kalau tidak habis bersih kad kredit saya.Hasil siasatan, data saya di ceroboh melalui sistem online.Atas kesalahan saya sendiri dengan membiarkan pintu rumah terbuka (online safety takda).senang-senang jer dia sedut duit saya.....apapun duit saya dapat di selamatkan.

Atas sebab tu,saya nak kongsi sedikit info yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita semua agar lebih berhati-hati dimasa depan.

Langkah-langkah pencegahan penipuan online dan offline

Langkah-langkah pencegahan penipuan online dan offline harus di ambil oleh kita semua.jangan harapkan orang lain nak jaga harta benda kita pulak.Berikut ada beberapa tip untuk korang semua.

Tip untuk mencegah /kehilangan/kecurian/Pemalsuan/Kecurian Identiti.

1.Laporkan kehilangan / kecurian kad anda dengan serta merta kepada pihak bank.
2.Jangan tinggalkan kad anda di dalam kereta semasa beriadah di taman rekreasi untuk mengelakkan kecurian kad.Banyak kes mengenai pertukaran kad telah dilaporkan.
3.Simpan kad anda dalam ruang yang sama didalam dompet /beg duit agar dapat serta merta menyedarinya jika ia hilang.Periksa kad anda dari semasa ke semasa dan pastikankad anda tidak hilang daripada dompet anda.Misalnya selepas mengambil barang anda yang disimpan di dalam lokar gimnasium / pusat spa,semak dan pastikan ia adalah kad anda.
4.Hafal PIN anda dan jangan dedahkannya kepada sesiapa pun.
5.Jangan wujudkan PIN yang mudah diteka seperti tarikh lahir atau nombor kad pengenalan anda.
6.Sentiasa ingat untuk mengambil balik kad anda selepas setiap urus niaga,disemua mesin layan diri seperti ATM,stesen petrol layan diri dan dimana-mana kedai runcit.
7.Semasa menjalankan urusniaga di ATM ,berwaspada terhadap orang yang mencurigakan atau benda asing yang telah dipasang di ATM dan laporkan kepada Bank dengan serta merta.
8.Bertindak dengan serta merta kepada khidmat pesanan ringkas (sms) daripada Bank mengenai urusniaga yang telah dibuat sekiranya anda tidak menjalankan urusniaga berkenaan.
9.Jangan memberi nombor kad atau maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.
10.Maklumkan kepada Bank mengenai nombor telefon bimbit serta alamat email anda yang terkini untuk membolehkan Bank menbuat pengesahan tentang urus niaga yang mencurigakan.
11.Semak penyata kad bulanan anda dengan segera dan laporkan dengan serta merta kepada Bank sekiranya terdapat urus niaga yang tidak dilakukan.
12.Berhati-hati terhadap kecurian pengenalan diri dengan mengambil surat-surat anda dengan segera agar surat yang mengandungi maklumat peribadi atau meklumat kad anda tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggung jawab.
13.Maklumkan kepada Bank dengan segera mengenai apa-apa perubahan pada alamat surat menyurat anda atau sekiranya anda tidak menerima penyata kad anda pada masa yang tepat.
14.Sentiasa berwaspada terhadap panggilan yang mendakwa mewakili Bank dan meminta butiran kad anda.Hubungi Bank di nombor telefonyang tertera di bahagian belakang kad sekiranya anda ragu-ragu.

penipuan di internet
Tip Untuk Mencegah Penipuan Di Internet/Dalam Talian.

1.Jawab sms daripada Bank dengan serta merta sekiranya anda tidak membuat pembelian di internet.
2.Hubungi Bank sekiranya anda tidak meminta One Time Password(OTP) atau TAC.
3.Pastikan nombor telefon bimbit semasa dan terkini anda telah didaftarkan dengan Bank.
4.Sentiasa bersihkan cache / padamkan fail-fail internet sementara setiap kali anda selesai menjalankan urusniaga di internet.
5.Jangan beri maklumat nombor kad anda seperti tarikh luput atau kod pengesahan kad ( kod 3 angka dibelakang kad anda ) melalui telefon atau kepada makan-mana pihak ketiga.
6.Sentiasa pastikan komputer / tablet / telefon pintar yang digunakan untuk belian diinternet mempunyai versi terkini untuk anti virus,anti-spyware dan perisian firewall untuk mengurangkan risiko jangkitan malware.
7.Sentiasa berwaspada dan jangan menjadi mangsa kepada penipuan perbankan telefon atau email.
8.Jangan balas email yang meminta maklumat kad anda dan / atau yang meminta anda ke laman web untuk mengesahkan maklumat kad.
9.Buat pembelian di laman web yang boleh dipercayai dan daripada syarikat yang anda boleh percayai.Laman web syarikat yang boleh dipercayai menggunakan teknologi penyulitan (encryption) untuk melindungi maklumat kad anda.
10.Jangan beri maklumat kad anda dalam laman web kecuali anda sedang membuat pembelian.

Itu sajalah perkongsian tentang langkah-langkah pencegahan penipuan online dan offline.Baca betul-betul dan ingat dalam kepala.Lepas tu kongsikan dengan kawan-kawan yang lain. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...