Pengurusan Kewangan Untuk Pengantin Baru.

Asssalamualaikum.

Rasanya dah lama saya tidak menyentuh tentang bab kewangan kan.Kali ni saya nak kongsikan bersama pembaca blog jaymie.com tentang kaedah pengurusan kewangan untuk penganting baru.Bukan apa,kalau sebelum ini hidup solo rentak kehidupan dan pengurusan tu lain sedikit.Sekarang dah berdua dan mungkin bertiga dan keempat.Jadi sebab itu pengurusan kewangan tu menjadi amat penting sekali sebenarnya.Jangan terlepas pandang tentang keadaan ini.Tajuk kali ini bukan saya khususkan untuk pengantin baru jer,malah sesuai juga untuk mereka-mereka yang sedang mencari kaedah yang sesuai untuk pengurusan kewangan yang lebih efektif.
Rata-rata pakar kewangan berpendapat bahawa setelah mendirikan rumahtangga pasti akan berlaku perubahan dalam sistem kewangan setiap pasangan."Dulu bujang ,sekarang dah kawin".Memang amat berbeza sekali.Pelbagai perkara harus difikirkan termasuklah akaun bank,menetapkan tujuan simpanan(matlamat),Takaful dan macam-macam lagi.Tidak dinafikan pada zaman ini,wang merupakan perkara yang paling penting sekali.Betul tak?So,kalau penting pengurusan kena betul,jangan sambil lewa.kena bermula dari awal tau.
Kat sini saya nak kongsi sedikit tentang Pengurusan kewangan untuk pengantin baru.Hidup dengan orang baru,pengurusan kewangan pun kena baru juga.

Mulai Menabung.
Pasangan pengantin mungkin telah menggunakan seluruh tabungan untuk membuat kenduri kendara dan bermacam-macam lagi.Jadi sudah tiba masanya untuk korang kembali menabung.Bagi penuh balik simpanan yang susut tu.Untuk permulaan,kumpulkan sekurang-kurangnya untuk kegunaan enam bulan sebagai dana kecemasan.Untuk lebih Ideal simpan 10% dari pendapatan kita.Selain tu,mulakan juga untuk merancang persaraan dengan melaburkan wang ke pelaburan yang bersifat jangka panjang seperti Unit Amanah dan lain-lain.Jangan sesekali melabur ke tempat-tempat yang tidak di iktiraf oleh kerajaan.
Pengurusan Kewangan


Buka Akaun Bersama.
Ucapkan selamat tinggal kepada akaun persendirian.Alam rumah tangga merupakan alam untuk kita berkongsi kehidupan dan segala-galanya.Jadi,akaun simpanan pun haruslah dikongsikan bersama.

Memeperbaharui Penerima Manfaat / Pewaris / Wasiat.
Sila ubah semua penerima manfaat pada polisi takaful,wang persaraan(kwsp),pelaburan unit amanah,wasiat dan surat-surat berharga yang lain.Perkara ini tidak seharusnya dilakukan jika anda masih belum mempunyai anak lagi.Bila dah ada anak maka wajib kena buat semua pertukaran,bukannya apa.Malangkan tidak berbau.

harta tidak dituntut


Hutang.
Jika pasangan anda masih belum mengetahui tentang hutang anda,sebaiknya kena beritahu.Denagn demikian,anda akan dapat berbincang secara bersama untuk melangsaikan hutang tersebut.Tidak salah berlaku jujur demi hidup yang lebih harmoni,jangan hipokrit!!

Post Mortem Laluan wang anda.
Anda perlu tahu money flow anda,kemana perginya,adakah habis seperti dalam perancangan atau habis kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah.Dengan cara ini anda akan lebih berhati-hati untuk merancang kewangan bagi meneruskan  kehidupan berumah tangga.Dan dapat mengelakkan dari over spending.

Berbincang.
Buat kesepakatan tentang pengeluaran kewangan keluarga.Masa bujang,anda menggunakan wang tanpa berbincang dengan sesiapa pun,sekarang anda kena ubah .Berbincang mengenai pola perbelanjaan keluarga yang harus diikuti.Buat peraturan khas,kaji diri dan pasangan samada korang ni pasangan yang pemboros atau penjimat.Dan buat tuning sikit lepas tu.



Utamakan Pembayaran yang penting.
Sesuai dengan makna perkahwinan iaitu berkongsi kehidupan maknanya anda berdua perlu bersama-sama memutuskan cara untuk membelanjakan wang dengan betul.Buat senarai pengeluaran kewangan yang akan datang seperti bayaran bulanan rumah,kenderaan,perabot dan sila beri keutamaan kepada perkara-perkara penting.

Pengurusan Kewangan ideal

Satu Kad Kredit Sahaja.
Elakkan dari memliki kad kredit lebih daripada keperluan anda.satu pun sudah cukup.Kalau tak boleh nak manage,sila abaikan kad kredit.Gunakan jer Debit Kad.
kad kredit


Beli Skim Takaful.
Pastikan anda dan pasangan memilki polisi Takaful bagi persediaan menghadapi perkara-perkara yag tidak diingini.

Susun Atur Dokumen Penting.
Pastikan anda tahu dimana anda letakkan dokumen-dokument yang penting seperti sijil kelahiran dan nikah,buku akaun bank,maklumat pelaburan dan lain-lain lagi.Kalau boleh letakkan setempat - under one roof.

susun atur data
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...