Aman Rimba Lokasi Untuk Ketenangan Fikiran.

Sesekali fikiran perlu di tenangkan.Kalau tak tenang merana jiwa nanti.Kali ni saya nak tenangkan fikiran kat Aman Rimba,Janda Baik,Pahang.Ini merupakan aktiviti tahunan Team Dplanners & Associates untuk meraikan member-member yang berjaya mencapai sasaran tahunan.Selepas setahun berkerja keras,tiba masanya untuk merehatkan minda dan fikiran.Anyway ,Aman Rimba ni memang best,sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan.Sesuai juga untuk dibuat kem motivasi kat sini.Sebab bila waktu malam memang sangat sunyi kat sini.Maklum la kat dalam hutan.Suasana malam memang agak nyaman sekali.

Aman rimba janda baik pahang
Aman rimba janda baik pahang

Makan pun sedap,cuma saya tak sempat nak ambik gambar makanan sebab terlalu sedap.sampai lupa nak ambik.Makan sehari empat kali ,sarapan pagi,makan tengahari,minum petang dan makan malam.Pelbagai aktiviti santai boleh dibuat kat sini.Suasana pulak suasana kampung,Rumah pun ala kampung.Memang ngam sangat.

Aman rimba janda baik pahang
Saya bersama empat yang lain bermalam kat rumah ni.Rumah design lama.sebenarnya rumah ni boleh muat 5-8 orang.Tapi untuk selesa pihak Aman Rimba cadangkan lima orang sahaja.Kemudahan television dan aircond ada disediakan.Kalau nak layan karaoke ada tempat khas disediakan.buat macam tempat sendiri.kawasan Aman Rimba ni seluas tiga ekar dan ada empat hingga enam tempat penginapan disediakan.Boleh memuatkan untuk 22 orang.Pakej la tu.
Harga pulak untuk 3 hari 2 malam pada hari minggu RM 10500.Kalau nak murah pergi hari biasa RM7700 sahaja.Untuk 2 hari satu malam pada hari minggu RM6000 dan hari biasa RM4000.Memang berbaloi kat sini.Dapat lari dari kesesakan ibukota dan hiruk pikuk bandaraya.nak rasa boleh datang sini dan rasai sendiri.

Aman rimba janda baik pahang
Kolam renang juga disediakan di Aman Rimba.Siap dengan enjin Turbo untuk memastikan air sentiasa bersih.

Aman rimba janda baik pahang
Ruang kat bilik air.Deco nya sangat unik dan menawan hati kami semua sewaktu sampai ke Aman Rimba.

Aman rimba janda baik pahang
Pondok kancil untuk bersantai bersebelahan dengan Kolam Renang.Sambil minum petang menghirup udara yang sangat nyaman kat sini teringat masa muda-muda dulu.

Aman rimba janda baik pahang
Ruang makan yang santai dan open air.Dilengkapi dengan kemudahan WIFI ,muzik dan home teater.Sambil makan boleh tengok movie ,takpun sambil dengar muzik yang harmoni.

Aman rimba janda baik pahang
Aman rimba janda baik pahang
Keadaan dalam rumah,dihias penuh rapi,memang cantik dan kemas susun aturnya.semua nya berkonsepkan kayu.

Aman rimba janda baik pahang
Aman rimba janda baik pahang
Kolam ni tak boleh mandi,cuma boleh memancing jer.Tapi masa kami kat sini pihak Aman Rimba tak benarkan kami untuk memancing sebab 2 minggu sebelum ni.Swan kat situ ada yang mati.Swan ada 2 pasang.Jadi yang sepasang lagi tu dah takda pasangan ( tengah bersedih ).Harga untuk seekor Swan tu RM8000 kalau tak silap saya.kali jer la dengan 4.

Aman rimba janda baik pahang
Kat sini boleh main game WII.Boleh lepaskan boring kalau nak .macam-macam permainan ada.

Aman rimba janda baik pahang

Aman rimba janda baik pahang
Main Snuker dulu.Dah lama tak main ni.Tu yang sampai terjolok carpet hijau.Fokus,Fokus.Tj dengan YS tengah fokus.

Aman rimba janda baik pahang
Dah habis main,kita rehat dulu.Tunggu awek datang.
Lagi satu kat sini ada bermacam-macam jenis pokok yang mungkin korang tak pernah jumpa.Boleh tengok sendiri kalau datang sini.tu je lah.nak balik dah pun.Terima kasih Bos,Sebab sponsor semua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...