Keburukan Melabur Bursa Saham.

Keburukan Melabur Bursa Saham

Kat Malaysia ni, bila sebut melabur bursa saham  pasti ramai yang membayangkan tentang kerugian dan ramai yang tak mahu mengambil risiko kerugian.Mereka lebih rela melabur pada skim-skim cepat kaya scam.Walaupun dah banyak kali terkena dan dah banyak berita-berita tentang penutupan syarikat-syarikat skim cepat kaya tersebut didada akhbar dan televisyen.Apa yang mereka nampak hanya keburukan melabur bursa saham,langsung tak nampak kebaikan.


Keburukan Melabur Bursa Saham

Sebenarnya jika kita belajar tentang ilmu pelaburan bursa saham banyak faedah yang bakal kita perolehi.Berdasarkan kajian hampir 70% pelabur yang melabur di bursa saham tidak ada ilmu tentang pelaburan.Main redah.Jika ilmu cukup didada pastinya pelabur akan mendapat peluang untuk mendapat pulangan yang tinggi.Melebihi dari jangkaan.
Kelemahan yang dihadapi oleh pelabur dan bakal pelabur bursa saham Malaysia:
1.Ada yang tidak tahu langsung apa itu saham, sedangkan kat Malaysia ni, ia telah ada hampir 100 tahun.
2.Tak tahu nak beli saham syarikat yang mana.Serahkan 100% kepada remiser.
3.Tidak berani untuk mencuba.
4.Takut rugi besar.
5.Takut tak cukup modal kerana menjangkakan melabur bursa saham memerlukan modal yang besar.
6.Menganggap ia adalah pelaburan untuk orang-orang kaya.

Jika anda berminat untuk melabur di bursa saham, anda hanya perlu membuka akaun Central Depository System (CDS) dengan mana-mana broker.Dokumen yang diperlukan:
*salinan kad pengenalan
*salinan buku akaun simpanan bank
*yuran RM10 saja.tetapi ia akan berubah dari semasa ke semasa.

Anda juga boleh mencari atau mendaftar dengan mana-mana broker atau remiser yang anda suka.Anda boleh memilih pelaburan yang halal dan non halal.Jika anda memilih untuk mencari yang halal , elok anda mendaftar dengan broker yang menggunakan Akaun Dagangan Islamik.Pelaburan yang dijalankan patuh syariah.Bagi mengatasi masalah pandangan orang ramai tentang keburukan melabur bursa saham. Disini saya senaraikan enam broker saham yang berdaftar di Malaysia.Bagi memudahkan anda membuat rujukan dimasa depan.Dan tak salah tempat.

-Maybank Investment Bank Berhad.
-Jupiter Security Sdn Bhd.
-Cimb Investment Bank Bhd.
-BIMB Security Sdn Bhd.
-Am Investment Bank Bhd.
-Affin Investment Bank Berhad.

Ok, selepas buka akaun dah boleh melabur la kan.Ops belum lagi.Anda mesti tahu perkara-perkara berikut baru boleh melabur dengan aman:
1.Tahu apa itu pelaburan saham dan tahu bagaimana untuk mendapatkan keuntungan serta boleh mengurangkan risiko kerugian.

Keburukan Melabur Bursa Saham

2.Tahu bagaimana hendak bermula.Ilmu penuh didada.Cukup bekalan untuk perjalanan seterusnya.
3.Bijak memilih kaunter mana yang patut dan tak patut dibeli.Bagi memastikan boleh mendapatkan keuntungan untuk jangkamasa yang panjang.
4.Sentiasa membuat analisis sebelum melabur berkenaan kaunter-kaunter saham yang terlibat.

Keburukan Melabur Bursa Saham

5.Jangan bersikap tamak.Kawal emosi anda.Biar untung sedikit tapi berterusan.
6.Pengurusan kewangan amat penting sekali dalam pelaburan bursa saham.Supaya modal selamat dan dapat memgurangkan risiko kerugian.Ia tak sama seperti mengurus kewangan peribadi yang biasa.Dengan cara itu kita dapat menangani pendapat tentang Keburukan melabur bursa saham.
Apapun melabur bursa saham memerlukan pemantauan yang sangat teliti.Pastikan anda cukup ilmu baru boleh mula.Kalau ilmu tak cukup boleh mula dengan melabur di unit amanah sahaja.Kerana disitu lebih selamat.Risiko kerugian amat rendah sekali berbanding dengan melabur di bursa saham.Jika perlukan bantuan saya untuk pelaburan unit amanah boleh contact saya.Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...