Adsense atau Nuffnang

adsense atau nuffnang

Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu mana satu company advertising yang bagus samada Adsense atau Nuffnang.Sebagai orang baru dalam dunia blogging ni sebenarnya masih banyak perkara yang perlu saya pelajari.Begitu juga tentang dua company pengiklanan ni antara Adsense Dan Nuffnang.Sebenarnya saya dah apply akaun Adsense ni lebih kurang 2 tahun yang lepas.Masa tu saja-saja jer apply.Tak
sangka pulak boleh dapat.Bila dah dapat tak tau nak buat apa.Tak terfikir pun yang Adsense ni boleh menjana pendapatan sama macam Nuffnang.Cuma bezanya Nuffnang bayar dalam matawang RM manakala Adsense dalam USD.
Kat atas saya ada kongsikan gambar hasil dari Adsense .Total USD5 tu saya dapat dalam masa 7 hari.Ok tak?berbeza dengan Nuffnang,nak dapatkan RM10 pun ambil masa yang lama.Lebih-lebih lagi kalau blog tu blog baru.memang lembab macam siput pergerakan nya. 
Untuk pengetahuan korang iklan Adsense dan Nuffnang boleh diletakkan sekali dalam satu blog.Sebab saya dah cuba sebelum ni.Status Glitterati saya tidak terjejas.Masa tu saya buat lebih sebulan.Tapi untuk menampakkan lebih Profesional ,lebih baik saya gunakan satu iklan sahaja.samaada Nuffnang ataupun Adsense.Pilih salah satu yang anda suka.Ikut selera.Jangan ikut saya.Sebab saya masih dalam tempoh percubaan nak tengok Adsense ni ok ke tidak.Kalau ok boleh diteruskan.Kalau tak ok saya tukar balik ke Nuffnang.
Syarat-syarat untuk Apply akaun Adsense ,blog mesti berbahasa english.buat lah apa saja blog dalam bahasa english.Proses untuk approve lebih kurang dua hingga empat minggu.(sebulan).Nanti Adsense akan email jika lulus atau tidak.Bila dah lulus ,iklan adsense boleh diletakkan kat blog lain,blog bahasa melayu,india,cina pun boleh.Untuk pengeluaran,min USD 100 baru boleh withdraw.Ambik masa sedikit.Kalau dapat sebulan USD100 pun dah ok sangat.Tapi dengar cerita memang banyak boleh dapat kalau guna Adsense ni.Cuma Adsense ni senang kena Banned.Ikut nasib ,kalau ada rezeki tak kemana pun.Tak salah mencuba sesuatu yang baru.

Saya nak minta sapa-sapa yang ada pengalaman dengan Adsense untuk berkongsi pendapat disini.Supaya kita dapat sama-sama belajar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...