Meninggal Dunia Sebelum Habis Penggambaran.

Saja nak cerita tentang artis hollywood kali ni,Bagi yang meminati filem-filem hollywood korang mesti tahu kan antara bintang kegemaran korang yang meninggal dunia sebelum tamat penggambaran.

fast and furious 7

Yang terbaru sekali dan banyak mengejutkan peminat filem seluruh dunia  dan penerbit filem Hollywood ,pada 30 november yang lalu ,Dunia telah dikejutkan dengan kematian bintang utama "Fast and Furious",Paul Walker .usia beliau pada ketika itu 40 tahun.Beliau terlibat dalam tragedi kemalangan jalanraya selepas kereta yang dipandu rakannya,Roger Rodas terbabas dan terbakar selepas pulang dari acara kebajikan di Valencia,California.Tragedi itu berlaku ketika Paul Walker masih bercuti buat sementara dari penggambaran filem ketujuh "Fast and Furious"yang sudah siap hampir lima puluh peratus penggambaran.Dan penggambaran terpaksa dihentikan seketika bagi menghormati pemergian Paul Walker.Dari apa yang saya dengar pihak penerbitan sudah dapat pengganti Paul Walker bagi menyambung karektor yang tergendala itu.Siapa ?itu saya tak pasti.



The Imaginarium of Dr.Parnassus

Filem ''The Imaginarium of Dr.Parnassus" yang diterbitkan pada tahun 2009 juga telah menghadapi masalah yang sama apabila salah seorang pelakonnya Heath Ledger telah menghembuskan nafas terakhir pada 22 Januari 2008 akibat overdos pil tidur.Untuk menyelamatkan keadaan beberapa rakan beliau seperti Johny Deep,Jude Law dan Collin Farrell telah bersetuju untuk menghabiskan penggambaran.Nasib baik filem tersebut merupakan filem animasi,jadi jalan ceritanya telah diolah sedikit bagi mencantikkan perjalanan filem tersebut.
shrek

 Filem "Shrek" terbitan tahun 1998.Sebelum Mike Myers diberikan tanggungjawab membuat lakon suara sebagai karektor tambahan animasi Shrek,peranan tersebut dipegang oleh bintang komedi 'Saturday Night Live",Chris Farley.Bahkan dia sudah pun merakam sebahagian besar dialog filem tersebut.Namun begitu Farley ,33 tahun.meninggal dunia akibat overdos dadah pada tahun 1997 dan tempatnya diganti oleh Mike Myers.
Dark Blood

Dan filem seterusnya 'Dark Blood" yang telah diterbitkan pada tahun 2012.Pelakon River Phoenix telah meninggal dunia akibat serangan jantung dan penyalah gunaan dadah pada tahun 1993.Dan kesan daripada pemergian Phoenix filem tersebut telah tergantung selama 19 tahun.Dan pada tahun 2012 pengarahnya George Sluizer telah bersetuju untuk menayangkan Filem tersebut buat pertama kalinya di Festival Filem Netherlands.
The Crow

Filem 'The Crow" pada tahun 1994.Pelakon terkenal  Brandon Lee telah mengalami nasib yang sama seperti bapanya Bruce Lee,28 tahun.,Apabila dia meninggal dunia sebelum waktunya.
Pada 31 Mac 1993,Beliau meninggal dunia di set penggambaran filem "The Crow"apabila sepucuk pistol rekaan kru prop yang sepatutnya tidak menyebabkan kecederaaan benar-benar berfungsi dan terkena abdomen Lee.Dia meninggal di tempat kejadian.Nasib baik filem dah hampir 90% siap.Jadi boleh guna pelakon babak aksi bagi mengaburi mata penonton.Kematian Lee di putuskan sebagai kemalangan tanpa sengaja.
Giant

Filem "Giant" terbitan tahun 1956.Berbeza dengan kematian yang lain,James Dean sudah pun selesai penggambaran untuk filem "Giant" sebelum kemalangan yang meragut nyawanya pada tahun 1995 berlaku.Hanya proses suntingan suara sahaja yang masih belum diselesaikan.Namun begitu, pelakon Nick Adams telah diupah untuk menjadi suara latar bagi watak Dean, disebabkan ada babak yang memerlukan wataknya Jett Rink bercakap dalam keadaan mabuk. Dikatakan Dean minum dengan banyak agar benar-benar mabuk untuk melakonkan babak itu, dan akhirnya menyebabkan buah butir ucapan itu tidak dapat didengari!
Brainstorm

"Brainstorm" (1982) .Kematian pelakon jelita Natalie Wood merupakan satu misteri apabila mayatnya ditemui di dalam air tidak lama selepas dia dilaporkan menghilangkan diri dari bot yang dinaikinya bersama suaminya, Robert Wagner, bintang gandingannya Christopher Walken dan kapten bot, Denis Davem.
Ketika kejadian tersebut berlaku pada 29 November 1981, Wood sebenarnya sedang bercuti seketika dari penggambaran filemnya, "Brainstorm" di mana dia melakonkan watak seorang saintis.
Pengarah filem tersebut, Douglas Trumball terpaksa menggunakan bantuan pelakon ganti untuk babak-babak yang tidak sempat Wood habiskan.

Gladiator

"Gladiator" (2000) .Ketika dia bercuti seketika dari penggambaran filem "Gladiator" arahan Ridley Scott, pelakon veteran Oliver Reed, 61, meninggal dunia akibat serangan jantung.
Untuk menyelesaikan beberapa babak Reed sebagai si bekas hamba abdi bernama Proximus yang menjadi pelatih kepada watak Maximus (lakonan Russell Crowe), Scott telah menggunakan efek CGI.

Twilight Zone: The Movie
"Twilight Zone: The Movie" (1983) .Seperti Brandon Lee, pelakon "Combat!", Vic Morrow juga meninggal dunia akibat kemalangan di lokasi penggambaran.
Pada Julai 1982, dia dan dua pelakon kanak-kanak, Myca Dinh Le dan Renee Shin yang berada dalam pelukannya meninggal dunia ketika sedang melakonkan babak yang membabitkan helikopter. Menurut laporan media, kemalangan tersebut berlaku apabila berlakunya letupan piroteknik yang menyebabkan helikopter tersebut jatuh terhempas ke arah mereka.
Babak tersebut terpaksa dikeluarkan dari filem.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...