Sun Yat Sen Memorial Hall Taipei.


Tidak sah sekiranya anda berkunjung ke Taipei, Taiwan jika tidak mengunjungi tempat-tempat bersejarah yang ada di sana.Antara tempat pertama yang menjadi persinggahan saya ialah The National Sun Yat Sen Memorial Hall .Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 10-15 minit dari Howard Hotel,Taipei dan 45 minit dari Taoyuan International Airport .Apa yang menarik tentang Memorial Hall Dr Sun Yat Sen ni?Memorial Hall ini menempatkan sebuah patung besar yang menyerupai Dr Sun Yat Sen,Patung tersebut diperbuat dari tembaga dan telah dibina sekitar tahun 1972. Beliau merupakan bapa pembangunan Negara China moden,beliau telah berjaya mengubah wajah Negara China menjadi lebih moden dan demokrasi.Dan telah membuat sistem demokrasi di Taiwan.Beliau telah meninggal pada tahun 1925.Tetapi namanya tetap menjadi keagungan Rakyat China dan Taiwan sehingga kini.



Sebab itu dari apa yang saya dapat rasakan Rakyat Taiwan Tidak berapa menyukai barangan dari Negara China.Pendek kata barangan yang ada di Taiwan lebih berkualiti dari barangan dari Negara China.Selama saya berada di Taiwan memang agak payah untuk saya menjumpai barangan keluaran negara China.
Dr Sun Yat Sen telah berjaya menerapkan semangat yang mendalam tentang sistem demokrasi di Taiwan,sehingga patungnya pun menjadi pujaan sehingga ke hari ini.Melalui cerita yang diberitahu kepada saya,jika kita  didapati melanggar peraturan semasa di dalam memorial Hall ini kita boleh di penjarakan.

Sun Yat Sen Memorial Hall Taipei.
Sun Yat Sen Memorial Hall Taipei.

Patung Sun Yat Sen di kawal oleh dua orang pengawal yang berpakaian tentera.Apa yang menariknya tentang dua orang pengawal ni adalah,mereka tidak boleh bergerak selama 1 jam.Masa saya masuk ,saya ingatkan itu adalah patung juga,kerana tegak macam patung.Mereka akan bertukar shift selepas satu jam dengan satu upacara pertukaran senapang dan tabik hormat kepada patung sun yat sen.Pertukaran tu pun mengambil masa 10-15 minit.Baru selesai.Satu pengalaman baru bagi saya.

Sun Yat Sen Memorial Hall Taipei.
Sun Yat Sen Memorial Hall Taipei.

Di dalam memorial Hall ini juga ada menempatkan ruang pameran tentang kisah hidup Dr Sun Yat Sen,Ruang di dalam Memorial ini boleh menempatkan sehingga 3000 orang.Kepada peminat sejarah jangan lupa untuk singgah ke sini jika datang ke Taipei ,Taiwan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...