Percutian percuma di A'famosa Resort

Alhamdulillah pada bulan lepas ketika saya join Pelancaran Freeport A'Famosa Outlet Village di Melaka mereka memberikan media dan blogger yang hadir percutian percuma di A'famosa Resort selama dua hari satu malam beserta dengan lima gelang di setiap theme park yang ada.Pakej yang diberikan beranggaran RM500 lebih.termasuk penginapan dan taman tema.Bagi saya ,Alhamdulillah berapa pun anggarannya apa yang penting percuma.


AFAMOSA RESORT


Sebelum ini saya pernah juga datang ke A'famosa Resort tapi hanya sekadar mandi dan balik.Nampaknya kali ni kena jugalah menginap disana.Jarak perjalanan dari rumah saya di Telok Panglima Garang ke A'Famosa Resort mengambil masa kira-kira hanya satu jam tiga puluh minit sahaja.Cuma masa belum mengizinkan untuk saya kesana .in shaa ALLAH dalam masa terdekat nanti.anak-anak dah sibuk tanya bila nak pergi.
Salah satu tarikan terbaru yang ada di A'famosa theme park ialah Big Ice Cream yang telah dilancarkan pada bulan november yang lepas.Ketinggian Gelungsur air Big Ice Cream ialah 28 meter dan berdiameter 18.3 meter,panjang dari atas hingga ke kolam 108 meter,bagi yang meminati acara ekstream boleh datang dan cuba sendiri.Saya pun tak sabar rasanya nak cuba ni.Ada berani ke?


big ice cream
credit gambar from mrjocko .com

Selain dari Big Ice Cream terdapat juga aktiviti mandi manda yang lain yang boleh dilakukan di water theme park.Terdapat juga Safari wonderland dan Cowboy Town,nampak macam syok jer.Macam tak cukup jer dua hari satu malam tu!!
Biasanya sebelum pergi ke sesuatu lokasi ,saya pasti akan membuat survey harga dan budget walaupun kali ini saya dapat secara percuma,sekurang-kurangnya boleh buat panduan kepada yang lain .Harga untuk penginapan sahaja untuk dua hari satu malam RM158 ++.
Untuk yang lain -lain korang boleh check sendiri kat sini Pakej A'Famosa Resort.Sekiranya korang nak dapat pada harga promosi ,boleh sentiasa update pada blog saya ataupun pada facebook saya facebook/ijampm sebab menurut apa yang diberitahu saya oleh Executif bahagian pemasaran media.kalau nak murah  beli di roadshow atau event yang di buat oleh pihak A'famosa Resort di lokasi-lokasi yang akan diberitahu nanti.Stay tune bersama saya dan blooggersdotcom.
Percutian percuma di A'famosa Resort ini ditaja sepenuhnya oleh A'Famosa Resort ,terima kasih banyak saya ucapkan.Untuk update terkini dan pengalaman menarik tentang Big Ice Cream  tunggu saya kesana dan cuba dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...