Kamera CCTV tersembunyi

Kamera CCTV tersembunyi

Sejak kebelakangan ni,penggunaan kamera CCTV tersembunyi semakin mendapat sambutan yang hangat di Malaysia.Jika digunakan untuk tujuan keselamatan sebagai mata tersembunyi untuk tujuan pemantauan mungkin tidak menjadi masalah.Seperti yang kita dapat lihat dijalanan ditiang-tiang lampu di pejabat,di mesin ATM dan di pelbagai tempat lain itu merupakan jenis kamera CCTV bukan tersembunyi kerana mempunyai fizikal yang agak besar.
Kamera CCTV tersembunyi banyak digunakan untuk tujuan penyiasatan dan lain-lain aktiviti keselamatan.Namun kini penggunaannya telah disalah gunakan oleh sesetengah pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab.Meraka meletakkan kamera CCTV tersembunyi untuk tujuan yang salah seperti di tandas awam wanita,bilik tidur dan lain-lain tempat untuk tujuan mengintai.Ini semua kerana terlalu mengikutkan nafsu semata-mata.Sanggup buat apa sahaja janji hasrat tercapai.Yang jadi mangsanya adalah wanita,yang malunya juga wanita ,.....tergamak betul.

Disini saya ingin kongsikan tips atau cara mengesan kamera CCTV tersembunyi tersebut.Sebenarnya tips ni banyak terdapat di laman sesawang dan media sosial FB.Tapi saya terasa bertanggungjawab untuk berkongsi juga disini.Sumber dari Pegawai Forensik bahagian video dan audio,jika diamati memang boleh di percayai 99.9% .

Caranya :-
1.Sebelum masuk ke tandas ,sila bawa handphone yang ada aplikasi bluetooth,saya rasa semua dah pakai smartphone mesti ada bluetooth .(mudah)
2.Turn ON bluetooth dan search devices yang ada,sama seperti macam kita nak hantar gambar guna bluetooth  pada handphone rakan kita.Kemudia tekan via bluetooth pasti boleh nampak devices yang ada .
3.kalau jumpa devices yang bernama ''wdx2201'',''cam122'' atau apa jua yang meragukan dan terasa pelik sebaiknya batalkan niat untuk masuk membuang air ,kemungkinan ada kamera cctv tersembunyi disitu.

Kamera CCTV tersembunyi
Antara tempat-tempat yang biasa dan mudah untuk diletakkan kamera cctv tersembunyi.

Kamera CCTV tersembunyi
cara lama yang menyusahkan.


Kamera CCTV tersembunyi
mudah - letak ,tinggal dan perhati.

AWAS - JAGA DIRI DARI DIRAKAM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...