Trend Micro Titanium Maximum Security 2014


Trend Micro Titanium 2014 telah dilancarkan pada 23 oct 2013 di Galactic Laser, Mid Valley. 

Kerana terlalu banyak pendedahan maklumat  peribadi dalam talian maka syarikat Trend Micro mengambil satu inisiatif dengan mencipta satu perisian anti virus  Titanium Maximum Security 2014 boleh digunakan pada 3 device  PC, Mac dan Android   pada satu harga.



Semua yang anda lakukan dalam talian boleh meninggalkan jejak digital yang boleh membawa penjenayah siber kepada anda.



Kajiselidik yang telah dibuat oleh Trend Micro, bahawa 69% daripada rakyat Malaysia mendedahkan tarikh kelahiran mereka di rangkaian sosial. Seterusnya, 47% daripada responden pernah 'check-in' lokasi mereka .Ini amat merbahaya sekali. 

Separuh daripada responden kaji selidik tersebut mesti update atau menggunakan   rangkaian sosial mereka sekurang-kurangnya sekali sehari, pelbagai maklumat tentang kehidupan peribadi mereka didedahkan di internet setiap hari.


Anda boleh download free trial produk tersebut disini

Anda juga boleh ke Fan Page Trend Micro untuk memenangi pelbagai hadiah.  



Jangan dedahkan maklumat peribadi  dan lokasi anda di internet terutama sekali di media-media sosial seperti facebook,twitter ,instagram dan lain-lain.Keselamatan anda dan keluarga anda terletak di tangan anda.

Harga yang ditawarkan adalah Rm109 untuk 1 device manakala RM159 untuk 3 device.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...