Kenapa perkhidmatan Maybank2u semakin lembab?

Mungkin ramai dikalangan kita yang menggunakan perkhidmatan perbankan secara online.
Dan antara perbankan yang paling popular kalau tak salah saya adalah maybank2u .
Tidak dapat dinafikan dengan kecanggihan teknologi yang ada ,boleh dikatakan hampir setiap individu menggunakan perkhidmatan ini.atau lebih dikenali perkhidmatan di hujung jari.

Apa yang saya nak kongsikan disini ,tentang perkhidmatan maybank2u yang semakin lembab sejak kebelakangan ini.Kadang tu nak apply TAC no. pun sampai sehari.

NAK TAU KENAPA?

Ini jawapannya.

Anda mungkin terkejut dengan beberapa maklumat keselamatan yang disiasat oleh BolehVPN   baru-baru ini.
BolehVPN melihat kelemahan HTTPS dan telah menganalisis bank-bank terkemuka di Malaysia seperti Maybank2U dan CIMB Clicks. Keputusan yang diperolehi adalah amat mengejutkan kita semua.

BolehVPN hari ini telah mencatatkan keputusan yang agak menarik mengenai hasil ujian yang mereka telah lakukan baru-baru ini untuk sembilan perkhidmatan perbankan dalam talian yang dikendalikan oleh bank-bank yang berpangkalan di Malaysia.


Maybank2u mendapat keputusan grade" F"  kerana sokongan untuk SSL 2.0 yang digunakan sudah lama dan tidak selamat.Apa yang kita harapkan semoga pihak maybank menaik taraf perkhidmatan Maybank2u ni.Saya telah menggunakan perkhidmatan ini lebih 6 tahun.baru sekarang masalah ni timbul.

Mari Kita siasat bank-bank lain pula.Apa keputusannya.

Lain pula ceritanya dengan CIMB Bank dan Public Bank kedua-duanya menerima grade  'A'.


Cimb clicks menggunakan sistem suite cipher ia menyokong keadaan semasa dan  selamat untuk digunakan.

Public Bank adalah agak selamat tetapi tidak sebaik CIMBClicks disebabkan oleh sokongan daripada TLS versi 1.0 sahaja.



RHB Malaysia pula lain ceritanya ,tiada keputusan yang diperolehi dari hasil sisatan.dan tidak mendapat apa-apa grade.dan diklasifikasikan sebagai "Penilaian gagal: Tiada protokol selamat disokong".

Alliance Bank dan HSBC menerima grade 'A' . Tetapi ia tidak menyokong dalam rundingan semula TLS dan terkini.

Affin Bank menerima grade  'F' dan terbukti gagal . Ia mendapat skor 0 daripada 100 untuk sokongan protokol.

 Standard Chartered Malaysia mendapatkan  grade 'A'. Syabas, SC.

 Bank Islam menerima grade  'A',tetapi ada sesuatu yang mengelirukan semasa siasatan dijalankan.

OCBC dan CitiBank kedua-dua menerima  grade 'A', dan menunjukkan keputusan yang kukuh.

AmBank, Bank Muamalat, Bank Simpanan Nasional dan Bank Rakyat pula mendapat grade 'F' . 


Secara keseluruhannya hanya CIMBClicks , Standard Chartered Bank, CitiBank dan OCBC yang menunjukkan keselamatan HTTPS cemerlang. 

 Jadi, apa yang di maksud dengan  keselamatan HTTPS ?

Hypertext Transfer Protocol Secure (HTTPS) adalah protokol komunikasi untuk komunikasi selamat melalui rangkaian komputer, dengan penggunaan yang luas terutamanya di Internet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...