Permohonan BR1M 2014

Lagi mengenai Pembentangan Bajet 2014.

Kali ini nak sentuh sikit tentang  pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia.

Kalau sebelum ini mereka berpendapatan bawah RM3,000 dan orang bujang berpendapatan bawah RM2,000 saja dapat BRIM…untuk 2014  ia diperluaskan lagi pemberian BR1M ni.

Terbaru isi rumah yang berpendapatan antara RM3,000 ke RM4,000 akan menerima BRIM sebanyak RM450.

Bagi penerima asal isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 dan orang bujang berpendapatan bawah RM2,000…kedua golongan akan menikmati kenaikan kadar BR1M.

Kadar untuk golongan pendapatan bawah RM3,000 dinaikan dari RM500 kepada RM650.

Manakala orang bujang bawah RM2,000 naik dari RM250 kepada RM300.

Kerajaan juga memberikan  skim insuran berkelompok RM50 untuk semua penerima BRIM.

Ia akan memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Manakala pemberian RM100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah tetap  diteruskan. Ia akan beri faedah kepada 5.4 juta pelajar.

Kerajaan juga akan meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 kepada setiap pelajar pra-universiti dan Instituisi Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengurangkan kos pembelian buku dan bahan pengajian.
 
Ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan yuran taska sebanyak RM250 sebulan.

Manakala  kelayakan untuk pendapatan isi rumah bulanan penjawat awam akan di naikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 untuk mendapat subsidi yuran taska sektor awam berjumlah RM180 sebulan bagi meringankan kos yuran taska.

Kadar wang saku kanak-kanak di institusi JKM juga turut dinaikkan daripada RM1.50 kepada RM3 sehari bagi kanak-kanak yang bersekolah dan kenaikan daripada 50 sen kepada RM1 sehari bagi kanak-kanak yang tidak bersekolah.

Najib  juga berkata kadar wang saku warga emas juga akan dinaikkan daripada RM10 kepada RM30 sebulan untuk menampung keperluan belanja harian penghuni JKM . Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...