Tips Mengawal Stres terbaik

Ramai rakyat Malaysia yang mengalami stres setiap hari.Tidak dapat dinafikan dan memang tak boleh di katakan tidak ada,Sebagai contoh ketika menghadapi kesesakan lalulintas ,saya rasa masa tu terlalu ramai yang stres.Pantang ada kenderaan sebelah atau belakang yang memintas kita secara tiba-tiba...rasa geram ,marah semua ada.

Betul tak?


Itu baru stres di jalan raya ,belum lagi di pejabat .
Yang lebih bahaya jika pembawakan stres  di pejabat dan jalan raya tadi terbawa-bawa sehingga ke rumah.keluarga yang jadi mangsa tempat melepaskan kemarahan....
Seperti yang anda ketahui stres atau tekanan secara berterusan boleh menyebabkan risiko penyakit jantung dan beberapa penyakit serius yang lain.

Stres juga boleh menyebabkan penuaan pramatang ,menjejaskan sistem imun,dan asma .

Saya ada beberapa tips untuk menangani stres secara berkesan.sekadar pendapat dan pandangan hasil dari beberapa sumber yang boleh di bawa ketengah.

*Kesan isyarat awal stres anda.

*Jangan terlalu bimbang atau ambil peduli dengan sesuatu yang boleh membebankan otak anda.

*Cuba berkongsi masalah dengan orang terdekat - pastikan orang tersebut orang yang boleh di percayai.

*Sentiasa cuba untuk mengawal diri dari cepat stres.
*Kerap bersenam.

*Jangan bertindak mengikut nafsu dengan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti mengambil alkohol,dadah,rokok atau makan secara berlebihan.

*Luangkan masa untuk bermeditasi setiap kali selepas solat dan banyakkan berzikir.

*Pastikan tidur mencukupi.sebelum tidur set minda untuk hidup ceria pada esok hari.
*Belajar menguruskan masa.

*Luangkan masa untuk diri sendiri dan keluarga dengan pergi bercuti.

Serta cuba amalkan doa ini.inshaALLAH berkesan.


Semoga anda hidup lebih ceria dan gembira.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...