PERBANDINGAN JENIS2 PELABURAN

mari bandingkan jenis pelaburan, kebaikan dan keburukannya



Jenis Pelaburan: Simpanan Biasa (1% – 2% pulangan)

Penerangan: Kumpulan wang yg berikan kadar faedah yg kecil secara tahunan atau bulanan
Kebaikan:
Mudah diambil (kecairan tinggi),
Hampir tiada risiko.
Keburukan: Pulangan tak dapat saingi inflasi (inflasi semasa + – 5%),
Kuasa membeli akan gagalkan wawasan simpanan,
simpanan cepat susut kerana kecairan tinggi.
Jenis Pelaburan: Simpanan Tetap (Fixed Deposit) (2% – 3% pulangan)
Penerangan: Pulangan yg menjamin pulangan tetap pada tempoh tertentu (tempoh matang)
Kebaikan:
Pulangan terjamin,
Hampir tiada risiko.
Keburukan:
Pulangan tak dapat saingi inflasi,
Tiada pulangan jika dikeluarkan sebelum tempoh matang,
Tak sesuai untuk penambahan simpanan (top-up).
 


Jenis Pelaburan: Pasaran Saham (1% – 300%)

Penerangan: Pelaburan dalam saham-saham syarikat di bursa saham

Kebaikan:
Pulangan yang tinggi dan lumayan dalam jangka masa pendek
Keburukan:
Risiko sangat tinggi,
Pelabur berisiko berakhir dengan hutang,
Perlu pengetahuan teknikal serta masa yang betul,
Bayaran brokerage remisier yang tinggi dsb

Jenis Pelaburan: Waran, Debentur dan yg sewaktu dengannya

Penerangan: Pelaburan melibatkan sejenis pinjaman terjamin yg mempunyai aset syarikat sebagai cagaran

Kebaikan:
Risiko lebih rendah berbanding saham,
Prestasi meningkat selaras dgn prestasi syarikat.
Keburukan:
Tidak mudah cair,
tidak mudah diniagakan dalam pasaran saham,
Faedah yg tetap,
Perlu ditunaikan ketika sebelum waktu matang tak kira untung atau rugi.
 

Jenis Pelaburan: Hartanah (10% ke atas)

Penerangan: pelaburan dalam hartanah spt rumah, tanah, kondomium, projek perumahan, konsep beli pada harga mentah atau murah kemudian jual bila harga tinggi

Kebaikan:
Rumah adalah keperluan asas dan tanah adalah aset tetap,
Ada 2 jenis pulangan iautu sewa dan jual terus.
Keburukan:
Perlu modal mula yang tinggi,
Harga sukar pulih jika pasaran merudum dan lokasi kurang sesuai.
Kecairan rendah (mungkin ambil masa hingga bertahun-tahun) bagi selesaikan 1 urus niaga. Tidak mudah alih.
 

Jenis Pelaburan: Amanah Saham (Unit Trust) (10% ke atas)

Penerangan: Pelaburan yang mengumpul modal daripada pelabur individu dan korporat dengan kepakaran pasukan pengurus dana (cth; CIMB wealth advisors, Public Mutual) dan dengan pemantauan pemegang amanah (trustee)

Kebaikan:
Risiko diagihkan (diversify) supaya terkawal,
Kecairan tinggi,
Diuruskan oleh professional,
Modal permulaan yang rendah.
Keburukan:
Tertakluk kepada risiko yang telah dibincangkan dalam post yang lepas.

Pilihan ramai tentulah dengan melabur dengan Amanah Saham (Unit Trust) dan lebih lebih lagi dari Unit Trust Public Mutual, kerana adalah Syarikat Unit Amanah Saham No. 1 di Malaysia

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi JAMIAN SARIF-012 2676091 Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda di sini