Kebaikan makan coklat


Bila disebut kebaikan bukan bermakna kita boleh makan coklat secara berlebihan,cukuplah makan ala kadar saja.Bukan makan sampai ter over kan...

1. Coklat boleh mengurangkan kadar serangan strok.

Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.


2. Coklat meningkatkan kadar kesihatan jantung.

Coklat boleh merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat  mampu bertindak melawan Keradangan.


3. Coklat boleh melawan diabetis.

Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.

Jadi kurangkan pengambilan gula dan mula makan coklat...just joke... 

4. Coklat mampu melindungi kulit anda.

Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!


 5. Coklat boleh mengelakkan batuk-batuk.

Ramuan dalam coklat yang dipanggil "Theobromine" mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Sekitar rahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.




6. Coklat memberikan anda mood yang baik.

Tidak dapat dinafikan, kenikmatan menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan. Penggemar coklat juga mengatakan mereka berasa kurang stress.

sila rujuk tentang stress disini.


 7. Coklat membantu meningkatkan peraliran darah.

Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah.


 8. Coklat meningkatkan kadar penglihatan.

Oleh kerana keupayaannya untuk memperbaiki aliran darah, khususnya ke otak,coklat  juga boleh meningkatkan aliran darah ke retina, sekali gus memberi rangsangan yang baik kepada mata.

  
 9. Coklat boleh membuatkan anda bijak.

Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan sedar, Kajian di britain menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan.



10. Coklat boleh mengisi perut anda.

Oleh kerana coklat yang kaya dengan fiber, ia mampu membuat anda berasa kenyang dan kurang lapar. kajian juga menunjukkan coklat gelap lebih baik berbanding susu.





Tips membeli coklat - Pastikan sebelum anda membeli coklat di kedai, kandungan coklat yang terkandung adalah 70% atau lebih.Coklat yang berada dipasaran sekarang ini banyak mengandungi bahan-bahan tambahan lain seperti gula, butter yang meningkatkan jumlah kalori.
Satu sudu coklat asli mengandungi hanya 12 kalori, berbanding satu sudu gula iaitu 30 kalori. Coklat juga mengadungi kaffeine. satu auns coklat mengandungi 23mg kaffeine. Tapi tak perlu risau, satu bar coklat hanya mengandungi 100mg kaffeine yang hanya bersamaan dengan satu cawan kopi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...