Permainan traditional yang hampir di lupakan

Terkenang permainan masa zaman kanak-kanak dulu.susah nak tengok budak-budak zaman milenium main permainan yang masa zaman sebelum kehadiran internet dan pelbagai jenis permainan online dan offline ni...
 Aku sendiri pun malas nak layan.tapi kadang terpaksa layan gak game-game yang ada sekarang ni.hehe

Antara permainan yang agak famous masa zaman aku dulu adalah:

1.main guli.aku paling suka main roket,tapi untuk pengetahuan korang aku selalu jadi lubuk.memang bahagian bagi guli kat kawan-kawan jer.

2.Main Sorok-sorok atau lebih di kenali tungkup-tungkup.permainan ni mengingatkan aku pada member aku yang paling nakal sekali zaman tu.dia siap balik rumah makan nasi dulu.memang setengah mati la orang yang mencari......kenangan terindah di zaman kanak-kanak.

3.Permainan Teng-teng.
ni kalau nak ikutkan permainan orang perempuan.tapi aku asal boleh main..apa ada hal...redah kasi pecah jer la kot masa tu.

4.Permainan Tembak buluh atau tolop(bahasa jawa).
ini permainan kegemaran kami.sapa yang pernah main sila angkat tangan.
kalau nak lagi best ambik kertas surat khabar ,koyak kecik2 dan rendam dalam air.kemudian kepal-kepal masukkan kat dalam buluh tu.masukkan depan dan belakang.bagi ada bunyi ssssssss.kemudian tembak dengan memasukkan buluh yg kecik pjg tu...pehhh mmg best.

5.Baling selipar.
permainan yang mencabar sebab memerlukan fokus yang tajam.kalau baling x kena malu beb.

6.baling tin.
Permainan lebih kurang sama macam main baling selipar.


Ini adalah antara permainan kegemaran ku semasa zaman kanak-kanak dulu.Nampaknya permainan ni semua hampir di lupakan oleh kita.anak-anak zaman sekarang lebih kepada zaman IT....main parit pun dah xda. ...

menggamit memori zaman kanak-kanak.
apa pengalaman zaman kanak-kanak korang.
pengalaman yang paling x boleh dilupakan adalah hampir lemas sewaktu mandi parit ketika berumur 13tahun.
korang macamana.?/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...