Sejak kebelakangan ni kita banyak mendengar tentang masalah pencemaran debu merah di Kuantan,Pahang.Ia terhasil akibat dari perlombongan bijih yang sangat berharga iaitu bauksit.Oleh kerana terlalu rakus sehingga ada pihak yang terlupa tentang kesannya terhadap alam sekitar dan manusia itu sendiri.
Persoalannya sekarang,dimana pihak yang berwajib?Takkan tak nampak....atau cuma berdiam diri je.Disebabkan terlampau asyik memikirkan keuntungan sehingga terlupa ada sedang menderita.Aku turut bersimpati dengan apa yang berlaku.Sekali pandang dah macam berada dekat planet Marikh je aku tengok.Semua jadi merah.
Korang tengok lah sampai kereta pun dah jadi merah akibat debu bauksit.Nak basuh memang tak payahlah...buat rugi je.
Siapa orang pertama jumpa bauksit?
Jom ambil tahu sikit sejarah bauksit.Kenapa mereka terlalu mahukan bijih ini.Mengikut sumber wikipedia ia mula dijumpai pada tahun 1821 oleh Pierre Berthier seorang ahli geologi.Nama ''Bauksit'' di ambil sempena dengan nama sebuah kampung di Selatan Perancis Les Baux.Tempat dimana bauksit mula dijumpai.
Kemudian pada tahun 1861 seorang ahli kimia Henri Sainte-Claire Deville yang berasal dari Perancis menamakan ia sebagai bijih Bauksit.Bijih bauksit kaya dengan sumber semulajadi aluminium hidroksida,Ferum Oksida,Titanium oksida dan silika reaktif.
Apa kegunaan BAUKSIT?
Untuk pengetahuan korang bauksit digunakan untuk industri penghasilan seramik dan juga dalam industri pembuatan jentera mesin.Dan yang paling penting bijih bauksit juga digunakan untuk menghasilkan badan kapal terbang,bumbung dan atap serta dalam industri pembungkusan makanan dalam tin.
Banyak kegunaan bijih bauksit ni,Memang hampir 30% industri menggunakan aluminium yang terhasil dari perlombongan bijih bauksit.
Kesan buruk Bauksit?
Apa kesan buruk hasil dari perlombongan bijih Bauksit yang kita perlu tahu?Seperti yang kita lihat sekarang di Kuantan Pahang,Kesan buruk kepada alam sekitar kerana tiada pemantauan dan tindakan dari pihak berwajib.
Setakat ini belum ada sumber yang jelas lagi tentang kesan buruk akibat perlombongan bauksit yang tidak terkawal.Selain dari menyebabkan pencemaran alam sekitar sahaja.
Jika tidak dihentikan perlombongan bauksit tersebut mungkin ia akan memberikan impak yang sangat besar kepada alam dan manusia.Hidupan di sungai dan laut akan terjejas,begitu juga dengan kehidupan manusia di kawasan sekitarnya.
Hentikan perlombongan bijih bauksit dengan segera.Sebelum terjadi sesuatu perkara yang lebih buruk lagi.Kasihanilah mereka ,penduduk setempat.Sebelum menjadi lautan merah dan menjadikan kemusnahan kepada semua hidupan.