Langkah-langkah kesihatan yang perlu di ambil semasa jerebu.
Jerebu datang lagi.Pasti ia akan membuatkan semua orang berasa tidak selesa dengan kehadiran jerebu kan.Kalau ada yang suka aku tak tau nak cakap apa.Boleh dikatakan sekarang ni nak bernafas pun susah.Mana taknya kadar IPU (Indeks Pencemaran Udara) setakat pagi tadi di Banting sudah mencecah hampir kepada 190.
Sikit lagi nak cecah 200.Kalau ikutkan bacaan IPU 190 tu pun dah kategori tak sihat.Masuk 200 tu dah dalam lingkungan zon merah.Kategori paling tidak sihat.Kepada yang ada penyakit asma atau semput memang agak berisiko sebenarnya.Oleh itu jagalah kesihatan masing-masing.Aku yang boleh diklasifikasikan sihat ni pun ,ada rasa macam nak semput.
Apapun marilah kita sama-sama berdoa agar jerebu ini akan berkurangan.Semoga Presiden Indonesia Joko Widodo mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah kebakaran hutan di Riau dan kalimantan yang menjadi punca utama masalah jerebu di empat buah negara Asia iaitu Malaysia,Indonesia,Singapore dan Brunei.
Ada yang masih tidak faham kesan-kesan bahaya jerebu.Okey meh aku perjelaskan apa itu jerebu sebenarnya.
Jerebu adalah suatu keadaan yang disebabkan oleh partikulat atau zarah-zarah halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar,ia terampai di atmosfera dalam kepadatan yang tinggi.
Zarah halus ini akan disedut masuk kedalam sistem pernafasan manusia dan boleh mengundang bahaya.
Antara kesan kesihatan yang biasa terjadi akibat jerebu adalah jangkitan saluran pernafasan,radang paru-paru,asma,sakit tekak dan sakit mata.
Tekak aku sendiri ni pun dah mula perit.Ini antara tindakan yang perlu di ambil semasa jerebu bagi menjaga kesihatan kita seisi keluarga.
Cuba kurangkan aktiviti diluar rumah,kalau nak keluar ke tempat lain pastikan segera masuk kedalam bangunan atau tempat yang dituju.
Sentiasa pakai penutup muka(face mask) yang sesuai seperti jenis P100 dan N95 jika berada di luar rumah.
Pastikan udara di dalam rumah atau bangunan sentiasa bersih.Bagi yang merokok tu tolong hormati ahli keluarga atau orang lain.Cuti hisap rokok buat sementara waktu jika perlu.
Basuh muka dan tangan dengan air bersih dan sabun setelah melakukan aktiviti luar.
Banyakkan minum air kosong - sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Apabila memandu,gunakan penghawa dingin.Pilih mode kitaran udara dalaman.
Aku harap panduan kesihatan semasa jerebu ini dapat memberikan sedikit manfaat buat semua.