Atas desakan hidup semakin ramai antara kita akan mengambil jalan yang dirasakan mudah untuk menjadi kaya,sebenarnya mereka sedang memilih satu jalan yang salah dan bakal membuat mereka merana dimasa depan.2014 aku lihat banyak syarikat skim cepat kaya yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Pada waktu tersebut aku terlalu ghairah nak kaya,tapi nasib baik aku cuma melabur dan join secara kecil-kecilan sahaja.Masa tu tak fikir apa pun,yang penting cepat dapat duit.Kalau simpan kat bank setahun baru 8 % paling tinggi.Dengan skim yang aku join,boleh dapat hampir 10% setiap bulan.
Bagus tak?halal haram dah jadi no 2,sebab ada ustaz-ustaz yang turut terlibat dan mengatakan pelaburan tersebut tiada masalah.Sedangkan pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan atau setiap tahun adalah di larang dalam islam.
Akhirnya syarikat-syarikat skim kaya yang terlibat semua bungkus dan hilang begitu sahaja.Kerana tindakan besar-besaran oleh bank negara malaysia.Nasib aku baik sebab tak rugi tapi untung.
Tak ku sangka skim-skim tersebut muncul semula selepas beberapa tahun.Yang aku herannya masih ramai yang terlibat dan tidak belajar dari episod yang lepas.Aku dah serik dan hanya memilih pelaburan yang sah disisi undang-undang dan patuh syariah.
Jadi kalau korang nak melabur aku sarankan melabur dengan syarikat-syarikat yang sah sahaja.Seperti syarikat Unit Trust mahupun pelaburan emas.Jika korang nak belajar macamana melabur emas dengan cara yang betul boleh beli ebook Rahsia emas oleh Azizi Ali.Beliau merupakan seorang pakar kewangan dan telah menulis lebih dari 30 buah buku.Juga seorang Mentor Jutawan #1 Malaysia.
Ebook ini sangat bagus untuk mereka yang meminati pelaburan emas.Kalau nak melabur mestilah ada ilmu.Tanpa ilmu binasa hidup.Untuk pengetahuan korang diluar sana memang ramai mereka yang melabur emas,tetapi hanya sedikit yang berjaya.Jadi untuk berjaya dengan pelaburan emas perlu belajar tentang rahsia emas.