3 Cara Menambah Pendapatan Tanpa Meninggalkan Kerja Sedia ada.
Tiga cara menambah pendapatan tanpa meninggalkan kerja sedia ada | Tahun 2015 aku rasa tahun yang paling mencabar sekali buat aku.Cabaran yang paling nyata dan perlu di atasi adalah cabaran bagaimana ingin menambah pendapatan tanpa menjejaskan kerja sedia ada.
Sebab kebanyakan yang aku perhati,bila buat banyak kerja pasti akan menjejaskan kerja yang ada,lebih-lebih lagi jika kerja tersebut kerja makan gaji.Trend terkini seorang individu akan melakukan 2 atau 3 kerja bagi menampung kos sara hidup yang tinggi sekarang ini.
Lebih-lebih lagi jika tinggal di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur,Johor Baharu,Pulau Pinang,Shah Alam dan lain-lain.Dan yang paling ketara sekarang ini menjelang perlaksanaan GST ( good & Service Tax ) sejauh mana kebagusan nya masih belum diketahui lagi.
Apa yang aku nampak sempena mejelang perlaksaan GST pada april 2015 adalah kebanyakan harga barang dah mula naik sedikit demi sedikit.Kita sebagai orang biasa tiada daya untuk membuka mulut jadi adalah lebih baik kita cari alternatif lain dengan meningkatkan usaha untuk menambah pendapatan.
Disini ada tiga cara untuk menambah pendapatan tanpa perlu untuk anda meninggalkan kerja sedia ada :-
1.Perniagaan secara Online
Cara ini amat mudah kerana anda tidak memerlukan modal yang besar ,Sebagai permulaan anda boleh meniaga menggunakan cara dropship jadi anda tiada risiko rugi.Tugas anda hanya promosi dan ambil order.
Dan ia boleh dilakukan selepas anda pulang dari bekerja.
2.Kerja jawab survey
Cara ini anda tidak perlu menjual barang,anda hanya perlu daftar dan mula menjawab survey yang diberi.
Sebagai ganjaran anda akan diberi mata yang boleh ditukar kepada Tunai ataupun voucher seperti kfc,mcd dan lain-lain.
Contoh syarikat survey di Malaysia yang boleh anda Join .
I. iPanel Online
II. WhoHAA
3.Sebagai promoter iklan online
Yang ini sesuai bagi mereka yang aktif di media sosial seperti facebook.Anda cuma perlu register dan kongsikan link iklan yang diberi kepada rakan-rakan alam maya anda.
Contoh syarikat yang boleh anda sertai 8SHARE - Anda akan terima cash pada setiap hujung bulan jika rajin buat kerja dan kreatif.
Jika korang perlukan maklumat tentang 8SHARE bole rujuk DISINI.
Aku rasa jika korang fokus pada 3 perkara di atas pun dah cukup untuk menambah pendapatan secara online tanpa berhenti kerja.Apa yang penting pandai nak uruskan masa.Kena ada jadual khas untuk setiap aktiviti yang dilakukan.
Terus terang aku katakan korang akan gagal sekiranya buat sesuatu tanpa jadual,Sebab apa?Sebab ia sudah terjadi pada aku,semuanya jadi kelam kabut.Tak tahu mana satu yang nak di mulakan dulu.Sebab rasa semuanya penting dan semuanya perlu dibuat.
Kesimpulannya jika nak berjaya dalam melakukan sesuatu perlu istiqomah dan berjadual.Selesaikan satu-satu.