20 Januari 2015 merupakan hari ulangtahun ke Tujuh puteri aku yang ke pertama Nor Adriana Hanis.Atas permintaan Hanis nak sambut dekat KFC Sri Muda sahaja.Dia cuma mintak kek kecil yang di beli di El Mori Kota Kemuning,Shah Alam.
HAPPY BIRTHDAY Kakak Hanis (nama panggilan di rumah) atau lebih mesra dengan panggilan Anis.Tahun ni Anis dah tahun 1 bersekolah di sekolah kebangsaan sijangkang.Sekolah turun temurun,sebab aku dulu pun belajar di situ.
Cukup gembira si Anis ni malam tu,sebagai seorang ayah aku doakan agar Anis menjadi hamba Allah yang beriman dan berjaya bukan setakat di dunia malahan hingga ke akhirat.
Kakak yang sambut Birthday si adik pulak yang potong kek,Ni gambar tengah merajuk sebab tak dapat potong kek.
Malam ni si Abang jadi pelayan.Sesekali apa salahnya kan.Ayah tunggu kat meja je.....
sekian,cerita pendek kali ini.