Tahajjud Terakhir di Astro Prima.

Walaupun Telemovie Tahajjud terakhir ni dah bersiaran pada awal muharram yang lepas,tapi aku baru berkesempatan tengok telemovie ni semalam.Aku tengok pun dah last minit.Apa yang menarik perhatian aku tentang telemovie ni sebab ia mengisahkan saat-saat terakhir nyawa seorang isteri.Apa yang aku ingat tentang cerita ini ia mengisahkan seorang wanita yang masih belum berkahwin kerana terlalu memikirkan masalah adik beradik yang lain serta jodohnya sering di bantah oleh ibunya yang mementingkan kedudukan dan pangkat.
Disebabkan tengok pun dah last minit mungkin ada kesilapan sikit kot tentang sinopsis telemovie Tahajjud terakhir ni.Bab terakhir yang aku sempat tonton,bila wanita tersebut mula bertemu dengan seorang lelaki tua yang kaya serta berpangkat besar menyamar sebagai pengawal keselamatan.Lelaki tersebut banyak membimbing wanita tersebut kearah akhirat.Bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh wanita tersebut.Dan akhirnya mereka berkahwin hanya dengan restu bapa wanita tersebut.Tapi bukan dengan restu ibunya.
Pada saat awal perkahwinan bermula, wanita tersebut telah mendapat tanda kematian 100 hari dan ia diketahui oleh suaminya.Rupanya ia menghidap penyakit barah tahap 4.Dan dia mula mendapat tanda seterusnya 40 hari,tanda 3 hari dan tanda 1 hari.Mula-mula aku boleh tahan air mata lagi.Tapi disebabkan wife aku menangis aku pun sebak juga sebenarnya.Berlinang juga air mata.
Apapun Telemovie Tahajjud Terakhir bagi aku memang sangat terkesan dengan aku dan wife.Tak tau kalau korang tengok macamana .Petang ni ada lagi pukul 2 kat Astro Prima.
Kalau tak faham dengan trengkas yang aku buat ni korang boleh tonton sendiri petang  ni.
Lakonan Watie Elite dan Aziz Singah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...