Cash Out Globaltestmarket kali kedua - paid survey online
Alhamdulillah setelah percubaan cash out Globaltestmarket yang pertama berjaya.Kali ini aku cuba untuk yang kedua kali.Nampaknya berjaya juga.Betul la kata orang kalau dah rezeki tak kemana.Aku join Globaltestmarket ni sejak dari tahun lepas lagi.Globaltestmarket ni adalah sebuah syarikat survey Online dari Kanada.
Sebenarnya aku dah join lebih dari lima syarikat survey online.Alhamdulillah semuanya mendatangkan hasil,walaupun tak berapa lumayan tapi cukup ler untuk bayar bil dan buat makan sikit-sikit.Cara pembayaran adalah berbeza mengikut syarikat.Ada yang bayar menggunakan cek seperti Globaltestmarket.Dia menggunakan international cek dah siap convert ke RM.Jadi korang tak perlu risau.Cara nak tunaikan mudah jer.Sama macam nak tunaikan cek tempatan.
Ada juga syarikat yang bayar guna Paypal (Akaun internet) Nak senang faham.Paypal ni pun mudah.Boleh buat pengeluaran terus ke bank tempatan dalam masa 2-3 hari dengan sedikit yuran.Ada juga syarikat yang tak bayar menggunakan kedua-dua cara tadi.Mereka mengunakan voucher sebagai ganti kepada point yang kita kumpulkan.Antara Voucher yang selalu aku dapat KFC dan Mcd serta pizza hutt.Sebenarnya ada macam-macam voucher.Itu bergantung kepada kita nak buat pilihan.
Pada pendapat aku Globaltestmarket adalah syarikat survey online terbaik yang pernah aku join,sebab ia tidak pernah mengecewakan aku dari segi pembayaran.Surat berdaftar berisi cek akan tiba ontime kat peti surat aku bila tiba masanya.
Kalau korang rajin jawab survey yang diberi,tak mustahil akan lebih banyak survey yang akan korang dapat nanti.Dan yang pastinya setiap survey korang akan dibayar,Jadi kalau ada antara korang yang nak join mana-mana syarikat yang aku join ni.Boleh tinggalkan email kat bahagian komen.Nanti aku invite guna email.Sebab semua syarikat survey yang aku join kebanyakannya tiada menyediakan link khas untuk ahli menjemput ahli baru.Hanya yang boleh jemputan melalui email sahaja yang dibenarkan.