Ucapan Selamat Hari Raya Dari Kami Sekeluarga.
Alhamdulillah,Diberi kita kesempatan oleh yang Maha Esa untuk kita menyempurnakan Ibadah Puasa pada tahun ini dengan penuh ketaatan dan kesabaran disamping melakukan amal ibadah yang lain.Esok berkemungkinan besar kita semua akan menyambut hari raya AidilFitri.Itupun sekiranya anak bulan kelihatan malam nanti.Jika tidak esok kena puasa lagi.Sekejap masa berlalu sebulan sudah kita berpuasa.Masih sempatkah kita untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.In shaa ALLAH panjang umur kita berjumpa lagi.Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu makna dan semoga memberi kesan ibadah yang mendalam buat kita semua.In shaa ALLAH.
Dikesempatan ini aku sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin jika sepanjang aku berada dalam arena blogger ada menyinggung hati mana-mana pihak samaada secara sengaja ataupun tidak sengaja.Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan.Oleh itu lagi sekali ku pohon ampun dan maaf.
Dan jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan saudara-saudara seIslam kita di Palestine.Semoga mereka semua dilindungi oleh ALLAH swt dari kekejaman zionis yahudi,Israel.Jangan lupa teruskan boikot terhadap barangan Israel.Boikot mana yang kita mampu.Tapi kalau tak boleh nak buat macamana.Apapun kita cuba untuk boikot juga.Juga aku turut bersimpati dengan tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.Takziah aku ucapkan kepada seluruh keluarga mangsa nahas.Dan mari kita sedekahkan Alfatihah bagi mangsa yang beragama Islam.Kepada yang balik kampung berhati-hati dijalanraya,ingat biar lambat asal selamat.Jika mengantuk singgah sebentar dimana-mana persinggahan untuk berehat seketika.Pesanan ini dibawa khas oleh Jaymiee.com
Dan akhir sekali mari kita sama-sama berdoa agar Malaysia dijauhkan dari malapetaka yang tidak diingini.in shaa allah.