Cuba anda bayangkan kalau satu hari nanti rekaan ini di buat pada kereta sebenar.memang gempak.
Ini dia kereta tersebut,masih belum dibuat design yang sebenar.masih prototype lagi.
Kereta mainan ini boleh digerakkan ke hadapan dengan pemikiran, selagimana pengguna memakai sebuah alat khas iaitu headset EEG NeuroSky .
Sistem yang digunakan adalah menggunakan cahaya yang masuk kedalam mata dan dikumpulkan pada alat EEG NeuroSky ,apabila sudah cukup dan berada pada tahap maksimum selama 7 saat kenderaan akan mula bergerak kehadapan secara perlahan-lahan.Projek ini membantu pengguna untuk membangunkan kemahiran otak dengan lebih mendalam lagi (senaman otak).
Projek ini masih banyak kelemahan yang harus diperbaiki, jadi tiada jangkaan yang ia akan berada di pasaran dalam masa terdekat.