Shopping pakaian sekolah murah di Mydin.

baju mydinbeli kain

Cuti sekolah dah tinggal dua minggu je lagi.Anak-anak dah mula merengek minta baju sekolah baru.Selagi tak dapat pergi shopping baju sekolah selagi itulah semuanya serba tidak kena.Kalau boleh bagi anak-anak ni semuanya nak yang baru bila buka sekolah nanti.Tapi kan keperluan yang lepas ada yang masih elok,jadi aku sarankan beli hanya yang perlu sahaja.

Tahun ini adalah tahun yang mencabar bagi kebanyakan ibubapa semuanya akibat dan kesan daripada kenaikan harga barang yang melampau.Ada yang kata sebab GST dan Kadar matawang yang menyusut menyebabkan barang import semua naik harga.Dahlah naik harga kena GST pulak tu.

Kehidupan tetap perlu diteruskan tanpa perlu menoleh kebelakang lagi.Keperluan anak-anak adalah menjadi tanggungjawab ibubapa.Pengorbanan harus dilakukan.Yang penting anak-anak bahagia.


shopping di mydinposter mydin

Ada yang kata kalau nak shopping pakaian sekolah murah pergi shopping kat Mydin.Jadi aku pun trylah ke sini tahun ini.Mydin dengan Moto "Kembali BERGAYA Ke Sekolah'' menawarkan pelbagai jenis tawaran harga yang mampu beli.

beli baju sekolahiman punya bajucuba saizcuba saiz baju

Harga memang berbaloi,disamping kualiti pun best.Dari yang berjenama terkenal sehingga kepada yang jenama biasa,semua ada.Pilihan ditangan sendiri.Kalau aku akan pilih yang paling murah dan kualiti yang ok.Ok ke tu...Bukan kedekut tapi berjimat cermat.Apa yang penting bagi anak-anak aku diorang ada pakaian sekolah baru.Jadi sapa yang belum beli baju sekolah untuk anak-anak boleh pergi beli baju sekolah murah di Mydin.

Kebiasanya aku akan beli baju sekolah di Pekan Banting.Tapi tahun ini nak tukar selera.Nak tukar angin sikit.Untuk yang berdekatan dengan pekan banting korang boleh beli baju sekolah murah  di kedai Ban Li.Diskaun banyak juga.Memang jimat.Apapun selamat shopping baju sekolah kepada semua ibubapa diluar sana.

Tinggal nak bayar yuran dan buku sekolah je lagi.Alhamdulillah .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...