Jambatan Kampung Sawah - Pulau Carey - Telok Panglima Garang.

Jambatan Kampung Sawah - Pulau Carey - Telok Panglima Garang.
Untuk pengetahuan jambatan antara Kampung Sawah dan Pulau Carey ini sudah terbina semenjak 2012 lagi.Semenjak dari tahun tersebut,jarak perjalanan dari Telok Panglima Garang ke Kampung Sawah,Kampung Sungai Buaya,Kampung Bandar,Permatang Pasir,Bandar baru Banting,Kampung Kelanang dan Bukit Jugra menjadi mudah.Kalau dulu jarak nak ke kampung-kampung tersebut boleh memakan masa sehingga 45 minit.Aku memang paling malas nak pergi sebab kawasan tersebut adalah antara kawasan yang paling hujung sekali.Walaupun cuma bersebelahan,dipisahkan oleh Sungai Langat.

Tapi semenjak terbinanya jambatan tersebut walaupun sudah beberapa kali terbengkalai,akhirnya pada sekitar 2012 siap juga....Jarak perjalanan yang pada mulanya 45 minit dah jadi 10-15 minit.Memang sangat-sangat menjimatkan masa.Sekarang laluan tersebut telah menjadi laluan utama untuk ke BANTING.Pada yang masih belum tahu boleh lalu lepas ni.

Jambatan Kampung Sawah - Pulau Carey - Telok Panglima Garang.
Ini dari arah Banting,Dekat kawasan ni ada terdapat beberapa Insitut Pengajian ,Antaranya Politeknik Banting,Sekolah Menengah Sains Banting,Kolej Komuniti Kuala Langat,Institut Latihan Perindustrian,Pusat Matrikulasi Selangor dan terdapat juga Maahad Tahfiz dan Sains dan Kem Tentera Udara Jugra.Boleh dikatakan meriah juga kawasan Banting ni.Macam-macam ada.Semuanya terletak pada jarak yang tidak berapa jauh.

Jambatan Kampung Sawah - Pulau Carey - Telok Panglima Garang.

Jalan ini juga boleh digunakan untuk ke Pantai Morib dan Pantai Kelanang.Walaupun jaraknya lebih kurang tapi keadaan traffic agak lengang kalau ikut laluan ni....Lalu luar agak sibuk sikit dengan lampu isyarat yang banyak.Kalau lalu jalan alternatif ni memang lancar perjalanan,sambil melihat pemandangan kampung-kampung yang ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...