Buka puasa di Bayou Coffee House,Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.

bayou coffee house
Setelah merancang seminggu yang lepas,semalam aku dengan family serta member office dapat juga pergi berbuka puasa diluar.Banyak juga survey tempat akhir Bayou Coffee House di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya menjadi pilihan kami.Nampak macam ok,sebab sorang pun belum pernah pergi,cuma tengok gambar kat page facebook jer.Booking terus.Seorang RM49.90 dewasa dan RM29.90 seorang untuk kanak-kanak.Nasib baik company belanja,jimat sikit poket.Alhamdulillah.terima kasih bos.

Nak keluar sendiri ikutkan malas,sebab ada member aku follow jer.Lagipun bukan bayar pun kan.Rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.

Jarak perjalanan Bayou Coffee House dari rumah aku di Sijangkang lebih kurang 30 minit.Ikut plaza tol Telok Panglima Garang.Tol kena bayar RM3.70 lebih mahal dari tol kesas kan.Disebabkan nak cepat dan memudahkan perjalanan aku lalu situ jer senang.

bayou coffee house
bayou coffee house
bayou coffee house

Menu-menu kat Bayou Coffee House ni ok juga.Macam-macam ada.Tapi apa yang penting bagi aku kambing golek mesti ada.Lepas confirmkan seat aku terus ambik kambing golek dengan anak aku.kami mempunyai minat yang sama suka makan kambing.hehe.Menu lain yang ada nasi beriani ,nasi arab,bubur,pasta serta kuih muih dan buah-buahan pun ado...pelbagai pilihan makanan ada disini dan juga pelbagai jenis minuman ada disini.Tapi dah dinamakan bulan puasakan.Banyak mana sangat yang boleh dimakan pun.Makan mana yang boleh masuk jer la.Anak-anak aku syok semacam jer malam ni.Almaklum je la tahun ni baru first time berbuka diluar.

bayou coffee house
Kambing golek menjadi pilihan utama aku.

bayou coffee house
bayou coffee house
Antara menu yang menjadi pilihan utama

Bila dah seronok makan solat maghrib jangan dilupa.Bayou Coffee House ada menyediakan surau di area sebelah swimming pool.besar juga boleh muat anggaran 20 orang.Surau ada air cond jangan risau.Memang selesa.Tempat makan pun ada aircond.Tapi kalau makan kat belah luar lagi best kot.Aku dapat yang bahagian dalam.Apapun makanan kat sini memang sedap.Puashati makan,cukup rasa cukup aroma.Perut kenyang hati pun senang.Ingat tahun depan kalau umur panjang aku nak repeat lagi dengan family aku.In Shaa ALLAH.
bayou coffee house


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...