BBQ ala Australian di sediakan oleh pelajar INTI International University & Colleges.

australian bbq night

11 Julai yang lepas aku dijemput oleh Bro Sohoque untuk menghadiri Majlis berbuka puasa di INTI International University & Colleges di Subang Jaya.Pada bulan Ramadhan kali ini sebenarnya aku merancang untuk tidak berbuka puasa diluar.Tetapi mengenangkan pada hari tersebut aku tiada apa-apa program jadi aku terima jemputan tersebut.

Untuk pengetahuan korang tema majlis pada malam tersebut adalah Autralian BBQ Night dan makanan dan deco semua  disedia dan dihidangkan oleh para pelajar INTI  sendiri.Mereka akan menyediakan makan malam ala Australia yang sedap.Ini merupakan point penting bagi para pelajar itu sendiri untuk menghadapi dunia luar selepas mereka tamat belajar nanti.Mereka semua merupakan pelajar tahun akhir dan mereka perlu menyediakan segalanya dari mula hingga akhir.

australian bbq night

Makanan disediakan dalam bentuk buffet,antara menu Autralian BBQ Night pada malam tersebut adalah Aussie Burger (burger kambing  gaya australia bersama cheese,nenas dan beet-root (aku rasa keledek mentah),Aussie Tilapia yang di grill bersama dengan salsa mangga masam) serta lamingtons ( kek span australia yang bersalut dengan coklat dan sedikit isi kelapa kalau tak silap) dan steak.

Apapun malam tu aku sangat kekeyangan,mana taknya selalu makan biasa-biasa jer.Malam pekena burger,steak dan ikan tilapia .Agak terkejut perut sebenarnya.Service yang diberikan sangat memuaskan hati.Aku balik dalam pukul 9.30 sebelum sambung meeting dengan geng Insaniah untuk program jejak sahur

australian bbq night

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...