Menu ~ Nasi Ambang

Nasi Ambang

Makan dalam dulang atau lebih dikenali dengan nama  nasi ambang.Dah lama tak makan macamni,sesekali makan ikut sunnah nabi pun ok kan.Makan secara beramai-ramai kat dalam dulang,boleh menambahkan keeratan dikalangan adik beradik dan sahabat handai.Sapa pernah makan macamni.Nasi ambang ni terkenal dikalangan masyarakat jawa.Biasanya dibuat masa kenduri tahlil,doa selamat dan cukur jambul.
Nasi Ambang
Nasi Ambang

Saya rasa ada yang tak suka makan cara macam ini ,sebab kurang berselera kerana terpaksa berkongsi dengan orang lain.Bagi kami masyarakat jawa disini ,cara makan begini memang dah biasa.Menu yang biasa terdapat dalam nasi ambang seperti ayam masak kicap atau masak merah,serunding mesti ada - pembuka selera,sayur campur,tempe pun salah satu dari syarat wajib nasi ambeng,ikan kering,kacang goreng dan mee goreng.Dilapik dan ditutup dengan daun pisang supaya segar.

Nasi Ambang

Cuba tengok gambar kat atas,sungguh berselera anak-anak saya makan bersama sepupu sepapat diaorang.silap-silap tak toleh kiri kanan.Sekarang untuk mendapatkan nasi ambang dah senang ,banyak dijual dipasar-pasar dengan harga sekitar RM5 sebungkus.Dah ramai peminatnya sekarang ni.Bukan orang jawa jer yang makan,melayu, india dan cina semua dah mula suka dengan nasi ambang ni.Sebelum ini kalau nak makan nasi ambang kena tunggu ada kenduri baru dapat merasa.Kalau tak memang tak da la.
Sekarang ni pun orang yang buat kenduri main tempah jer nasi ambang ni,dah malas nak buat.senang kerja katanya.
Biasanya sedulang dijual dengan harga RM30.kira ok .tau siap jer.Tak payah nak susah-susah masak.Sapa yang teringin tu,lepas ni boleh cari kat pasar yang berdekatan,kalau boleh buat sendiri lagi ok,boleh hantar kat jiran sebelah.haha. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...