Jalan-Jalan Cari Makan - siri 5 Dec 2014 (1)

Restoran pilihan terbaik Jalan-Jalan Cari Makan kali ini - Restoran Sayong Kitchen,Damansara Heigth.Restoran Sayong Kitchen berkonsepkan masakan melayu dan dimiliki oleh Pn.Noraini Omar.

restoran sayong kitchen

Banyak  pilihan menu yang disediakan disini untuk para pelanggannya.Pilihan menunya memang menarik dan yang paling penting menepati citarasa pelanggan.Sekali tengok tadi terus rasa lapar perut saya ni.In shaa ALLAH bila berkesempatan akan saya teroka restoran ni.(rasa masakan kat restoran ni).Menu hidangkan secara buffet antaranya Daging gulai,masak lemak cili api,pari,ikan bakar juga ada,dan bagi yang suka ayam kampung disini ada ayam kampung untuk anda.Selain daripada menu-menu tersebut ada juga disediakan ulam-ulaman dan masakan ala kampung.

Untuk pengetahuan anda,Restoran Sayong Kitchen ada menu yang sangat istimewa iaitu Pari Pencet-Pencet yang berharga RM5 untuk seorang makan.Menu Pari Pencet-Pencet berasal dari keturunan Bugis,Belanda dan Perak lama) seperti yang diberitahu oleh tukang masaknya.Ikan Parinya digoreng separuh masak sebelum dimasak dengan kuahnya.Rasanya memang membangkitkan selera serta lain dari yang lain.Sedikit pedas dan berlemak.

restoran sayong kitchen
restoran sayong kitchen
ikan pari pencet-pencet

Menu istimewa yang setterusnya ,Udang Siram Cendawan ,berharga RM5 sahaja.Rasanya juga pedas sedikit tetapi sedap ,ikut kata pengacara tersebut.Udang yang digunakan mesti udang segar untuk memastikan rasanya tidak lari dari rasa sebenar.Begitu juga dengan cendawan yang digunakan mesti segar juga.Kalau nak tau rasanya macamana,cuba bayangkan anda makan siput sedut,berlemak dan sedap.Sesuai dimakan untuk semua golongan.

restoran sayong kitchen
restoran sayong kitchen
udang siram cendawan

Menu terakhir dan ketiga yang paling istimewa jika anda datang ke Restoran Sayong Kitchen adalah Rusuk Kambing BB berharga RM12 (semangkok).Daging kambingnya direbus empuk dicampur dengan cili merah,cili hijau serta bawang untuk menaikkan aroma.Terbuka selera saya bila nampak daging kambing,makanan kegemaran saya tu.So,jangan lupa singgah ke Restoran Sayong Kitchen bila anda berada dikawasan Damansara Height.Jumpa saya disana.Nanti boleh belanja saya makan tengahari..

restoran sayong kitchen
restoran sayong kitchen
Rusuk Kambing BB

*sambil menulis terliur rasanya tengok menu rusuk kambing bb tu.....

~JALAN-JALAN CARI MAKAN~JJCM.

Alamat:- 
Restoran Sayong Kitchen,
Annexe Bangunan Malaysia RE 17,
Lorong Dungun,Damansara Heights,KL.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...