Jangan buat jahat??

Mengimbas kejadian yang berlaku pada 27 november 2013 yang lepas,kejadian samun yang berlaku pada pukul 12.30 tengahari di Jalan Kampun Temin,Sungai Siput ,Perak.Menurut laporan,tiga lelaki  telah menyamun seorang perempuan yang baru sahaja selesai mengutip wang amanah ikhtiar yang memandu Proton saga BLM putih ,yang mana suspek telah menghimpit kereta mangsa dengan kereta wira dengan tujuan supaya mangsa memberhentikan keretanya.Suspek di percayai menggunakan senjata parang ,merampas wang dan kereta mangsa.Namun hasrat mereka tidak kesampaian bila mana kereta  proton saga yang dirampas dari perempuan itu bertembung dengan sebuah lori  di selekoh kubur Kampung Temin, sejurus sahaja selepas menyamun.kemalangan itu menyebabkan seorang suspek meninggal dunia di tempat kejadian,manakala seorang lagi suspek meninggal dunia di hospital akibat cedera parah.Dan seorang lagi suspek berjaya melarikan diri dengan menaiki kereta wira.
Kesimpulan dari kejadian tersebut,ajal maut tidak kira dimana dan apa yang kita buat.Tapi seboleh-bolehnya biar lah kita mati dalam keadaan yang baik dan diredhai oleh ALLAH.

Hancur kereta .

Gambar hanya sebagai hiasan.(Bukan untuk tujuan menghina atau mengaibkan si mati .tapi untuk renungan bersama).

Berkecai badan menunjukkan betapa siksanya saat ajal menjemputnya.Perlu kita ingat buat renungan bersama supaya jangan lah kita berbuat kejahatan sesama makhluk di muka bumi ini.Sebab ALLAH akan balas setimpal dengan apa yang kita buat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...