Ribut taufan terkuat tahun 2013 - Taufan Haiyan

Filipina telah dilanda ribut taufan yang terkuat di dunia yang diberi nama taufan haiyan,pada jumaat yang lepas  8 november 2013 yang berkelajuan 275 kilometer sejam.Menurut laporan pusat amaran Taufan tentera laut Amerika Syarikat, Taufan itu mampu mencecah kelajuan 378 kilometer sejam.
memang laju.Hampir sama dengan kelajuan kereta formula 1 - 350km/jam.



Majlis pengurusan dan pengurangan risiko bencana kebangsaan melaporkan lebih dari 125 ribu penduduk sudah dipindahkan dari kawasan laluan taufan Haiyan.Presidennya, Benigno Aquino turut memberi amaran kepada penduduk supaya meninggalkan kawasan berisiko terutamanya di kawasan perairan.

“Buat masa ini tiada langsung komunikasi,” katanya. “Jalan masih tidak dapat dilalui dan ada beberapa kawasan berlaku tanah runtuh,” kata gabenor wilayah Leyte Selatan Roger Mercado. Menurutnya, lebih 100 rumah di persisiran pantai musnah manakala tanah runtuh turut memusnahkan kediaman di kawasan bukit, namun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini. Sementara itu, Gabenor Samar Sharee Tan berkata, seluruh wilayah itu tiada bekalan elektrik manakala beberapa perkampungan terputus hubungan sama sekali.



Sekurang-kurangnya 100 orang maut dan beribu-ribu rumah di bandar Tacloban ditenggelami air selepas taufan Haiyan tersebut.Angka kematian dan kerosakan dijangka meningkat.

Pihak berkuasa berkata sekolah di kawasan yang bakal dilanda taufan Haiyan sudah diarah tutup, manakala perkhidmatan feri dan nelayan diarah menyelamatkan bot mereka . Dan 13 lapangan terbang di hentikan dari beroperasi mengakibatkan lebih 450 penerbangan tempatan serta lapan antarabangsa turut terganggu.

Alhamdulillah kita di Malaysia masih selamat dari bala bencana dan musibah yang sedemikian rupa.Moga dapat jadi ikhtibar kepada kita semua ,agar lebih bersyukur dengan apa yang kita ada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...