Perkhidmatan Klinik Kerajaan Masih Perlu Diperbaiki

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog saya ni.Kali saya nak komen sedikit tentang perkhidmatan klinik kerajaan yang  pada saya masih perlu diperbaiki demi memenuhi keperluan rakyat.
klinik kerajaan


Apa yang saya nak sentuh ni berkaitan dengan apa yang saya alami sendiri....pada 6 bulan yang lepas ibu saya membuat  pemeriksaan darah untuk mengetahui apa masalah kesihatan yang dialami oleh ibu saya.selang sebulan keputusan yang ditunggu pun tiba.ibu saya menerima rawatan seperti biasa kerana penyakit yang dialami biasa-biasa saja.. kolesterol dalam darah tinggi sedikit....just jumpa doktor dan ambik ubat.....

Selang 2 bulan saya dan ibu saya datang lagi untuk ambil ubat ...jururawat yang bertugas boleh kata rekod mak cik dah takda..."hilang la maksudnya" saya pun rasa pelik macamna boleh hilang....
Terus jumpa doktor dan bagitau sakit apa..doktor pun tanya balik mcm tak pernah jumpa...."memang pelik" rasa mcm nk menyumpah jer rasanya.

Dan minggu lepas ibu saya pergi lagi, doktor suruh ambik darah sekali lagi....
Pagi ni saya ke klinik semula bersama dengan ibu saya...seperti biasa masuk klinik  ambik no.dan tunggu...saya kepilkan surat yang doktor beri sebelum ini bersama dengan no tadi...
Bila no dipanggil jururawat bole tanya mana surat?
Soalan yang agak menggeramkan...saya bagitau dah letak kat atas meja tadi....
Mereka pun cari dalam 10 minit baru jumpa...ada kat bawah meja rupanya (jatuh)...
Cuma cakap ok dah jumpa ada...xda minta maaf pun....
Kenapa perkara-perkara macamni harus berlaku....
memang nampak kecil pada mereka tentang perkara tersebut,tapi  ia nampak besar pada saya.

Harap pihak berwajib kaji semula kelemahan-kelemahan demi kepentingan rakyat.
Nanti bila orang complaint depa cakap senang jer...jangan pergi klinik kerajaan...
Pergi la klinik swasta ....
Masalah nya sekarang bukan semua orang mampu...

Jom kongsi sapa lagi yang ada menghadapi perkara macamni?

Apa yang perlu di ubah untuk memperbaiki perkhidmatan klinik kerajaan.?
Belum lagi dengan masalah lambat,itu x kisah sebab orang pun ramai ,so ada excuse disitu. 

klinik kerajaan
Sikap dan disiplin kakitangan perlu diperbaiki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...