Awas ! Penggunaan Ubat Nyamuk membahayakan Kesihatan.

Memang rimas kalau tidur diganggu nyamuk.Bunyi nyamuk walaupun tak kuat tapi dalam keadaan malam yang sunyi boleh mengganggu tidur apatah lagi jika digigit oleh nya....
Tak dapat dinafikan saya rasa hampir semua rumah menggunakan ubat nyamuk ketika tidur..Tidak kira walau apa jenis sekalipun, samaada jenis semburan , lingkaran ataupun elektrik.Semua nya mengandungi bahan beracun yang boleh memberi kesan pada kesihatan.

Tahukah anda penggunaan ubat nyamuk tanpa kawalan boleh menyebabkan paru-paru kita rosak.Individu yang paling terkesan dengan penggunaan ubat nyamuk adalah penghidap asma , risiko mereka lebih tinggi ....
Mereka mudah terkena batuk dan sesak nafas kerana racun ubat nyamuk yang masuk kedalam badan melalui udara yang disedut akan terus ke organ badan.
Selain paru-paru , racun ubat nyamuk juga boleh mengganggu fungsi saraf, ,hati, ginjal,sistem pernafasan malah lebih buruk lagi boleh menyebabkan kanser.
Sebelum terlupa, ubat nyamuk jenis sapuan juga ada kesannya.Jika tidak dikawal penggunaannya boleh menyebabkan masalah anemia.

Sebenarnya banyak alternatif lain yang  selamat  digunakan untuk menghalau nyamuk :@ntaranya.

1.Lampu.
Pasang lampu berwarna kuning diarea yang tersorok.


2.Pokok penghalau nyamuk.
Tanam pokok penghalau nyamuk disekeliling rumah anda.jangan dedahkan pokok ni kat matahari sebab ia sangat sensitif...sembunyikan dari cahaya.boleh ditanam didalam pasu.sehari hanya perlu sekali siram.

pokok penghalau nyamuk



3.Gunakan bakteria BT.
Taburkan bakteria Bacillus Thuringiensis (BT) kedalam kolam atau pancutan air untuk membunuh jentik-jentik.
Bacillus Thuringiensis



4.Minyak Mambu/Neem oil.
Sembur keliling rumah dengan minyak mambu yang dicampur dengan pyrethrins semulajadi.
(Pyrethrins adalah sebatian organik dari tumbuhan semulajadi genus chrysanthemum).
Ia selamat digunakan.Bau kuat yang terhasil boleh menghalau nyamuk serta 500 jenis serangga lain.
neem oil



5.Bunga Tahi Ayam.
Lebih dikenali dengan nama Marigold.Juga boleh ditanam disekeliling rumah.


tahi ayam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...