Mini Cameron Highlands.

Mini Cameron Highlands.

Sekarang dah ada mini Cameron Highlands kat Genting,tak tau la dah lama ke belum tempat ni ada,sebab saya sendiri pun baru menjejakkan kaki ke Genting Highland ni selepas 9 tahun baru berkesempatan
datang.Lokasi Mini Cameron ni berada di bahagian bawah Genting,perjalanan balik baru nampak sebab lokasinya berada di sebelah kanan masa nak naik Genting dan sebelah kiri masa nak turun...faham tak?haha..
Kat Mini Cameron  ni ada  kedai makan,ladang sayuran dan strawberry.Pengunjung boleh petik sendiri buah strawberry ni,kalau nak.Saya just action jer petik buah ,tapi hakikatnya beli yang dah siap paket.murah sikit .beli 2 paket baru RM15 .Harga untuk petik sendiri lebih mahal sebab dia kira sekali yang dah masuk ke mulut....sekilo RM80 .

Mini Cameron Highlands.

Sebenarnya tempat ni belum siap sepenuhnya,sebab masa saya datang ada bahagian yang pengunjung tak boleh masuk.Tapi ok juga ,sebab tak perlu nak ke Cameron Highland sebab badan dah penat.pegi yang mini pun jadilah.
buah strawberry
Mini Cameron Highlands.
inilah hasil tuaian yang dapat di beli kat Mini Cameron ni..

Mini Cameron Highlands.
Mini Cameron Highlands.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...