Maharaja Lawak Mega 2013.



http://www.jaymiee.com/

Maharaja Lawak Mega 2013 kini datang menemui anda semua bermula 15 November 2013.Bersiaran secara langsung Jam 10 malam dan sudah tentunya akan bersiaran di Astro warna (132) dan Mustika HD (134).

Program ini menampilkan pelawak-pelawak dari Malaysia ,Singapura dan Indonesia.Program ni sebenarnya antara salah satu program kegemaran saya sekeluarga.Rasa rugi sangat-sangat kalau tak tengok.
Dapat juga release kan tension ,dengan menyaksikan lawak-lawak yang dihasilkan oleh peserta yang hebat-hebat belaka.


Okey sambung balik,Seperti biasa Maha Raja Lawak Mega 2013 akan menggunakan empat juri tetap dua dari Malaysia, seorang dari Indonesia dan seorang dari Singapura.Cara pengundian masih sama seperti sebelum ini 70% daripada juri tetap dan 30% daripada penonton..

Manakala Juara MLM 2013 akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM500,000 ,tempat keempat ,kedua dan ketiga akan mendapat RM250,000 dan RM150,000 .Dari segi hadiah memang pihak Astro akan beri yang terbaik untuk para peserta yang terlibat .

Seramai 16 kumpulan pelawak yang akan beraksi di gelanggang Maha Raja Lawak Mega 2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, Say who, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai, SYJ, Zero, Gerak dan Mamu. 

http://www.jaymiee.com/
Nampaknya dari segi persaingan peserta  MLM 2013 pada tahun ini agak hebat sedikit.Mereka kena menampilkan satu persembahan lawak yang pastinya lebih lawak, mantap, lebih segar dan bermutu untuk memastikan lawak-lawak yang dipersembahkan memuaskan hati juri dan para penonton.

Jozan nampaknya tak terlibat dalam MLM 2013 ni ,mungkin kerana Zizan tengah Busy dengan program Akademi Fantasia 2013.

Nabil pula bergerak secara solo kali ini,Bagi saya Nabil memang tak sesuai bergerak secara berkumpulan sebab Nabil macam ketandusan idea bila ada geng.

Mungkinkah kali ini Nabil akan bangkit semula!!!!

Atau mungkin Sepahtu akan mengawal gelanggang .atau mungkin Shiro……….

Siapa bakal juara Maha Raja Lawak Mega 2013 ? 

Kita saksikan sama-sama nanti.Undi peserta kegemaran berdasarkan lawak yang menjadi.bukan lawak kedai kopi.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...