Bagaimana nak tolak permintaan orang lain dengan cara yang berhemah.

http://tipsemasa.blogspot.com/

Kita sering merasa serba salah jika ada seseorang ahli keluarga ,rakan,mahupun orang lain jika  datang kepada kita meminta sesuatu sumbangan ataupun pertolongan yang mungkin pada masa itu kita sendiri menghadapi masalah  yang mereka tak tau.
Saya tahu ramai diantara kita yang memang susah nak mengeluarkan kata-kata "Tak nak" ,"Tak Mau","Tak boleh" termasuk diri saya sendiri.
Apa yang saya nak kongsikan disini ialah bagaimana menghadapi keadaan tersebut tanpa menyinggung perasaan .

Ini antara contoh senario -senario yang mungkin anda alami.

Senario 1.
Anda diminta memberi sumbangan tunai kepada rakan sejawat untuk sumbangan harijadinya,tetapi anda hanya bersua muka hanya sekali dua sahaja.
Keadaan ini seringkali berlaku terutamanya jika anda bekerja di syarikat yang besar dan mempunyai pekerja yang ramai.
jika anda nak beri ,bagilah ikut kerelaan hati anda ,jika tidak katakan  "maaflah ,tetapi saya pun tak kenal dengan dia,saya harap lain kali kami ada peluang untuk berkenalan."

Senario 2.
Ibu mertua anda sering menghantar kucing-kucing kesayanganya kerumah anda kerana bercuti atau pun berjalan-jalan.sedangkan anda alergik dengan haiwan tersebut.
Terus terang katakan padanya bahwa anda alergik dengan kucing dan haiwan yang seangkatan dengannya.Beri cadangan kepada ibu mertua supaya menghantar kucing-kucing kesayangannya ke pusat jagaan haiwan yang terdekat...nak selamatkan diri la katakan...

Senario 3
Kawan baik anda atau kekasih mencadangkan restoran mewah untuk meraikan sambutan harijadinya dan anda tahu yang dia pasti akan mengharapkan anda untuk membuat bayaran .
Kalau ketika itu anda mempunyai bajet yang terhad dan memang tak mampu untuk makan di restoran mewah . Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...