Bajet 2014

Tahun 2013 sudah sampai ke penghujungnya.Nampaknya tak lama lagi kita bakal meninggalkan tahun 2013 dengan pelbagai kenangan dan kisah suka duka.

Biasanya bila dah hujung-hujung tahun ni negara pasti akan membentangkan tentang bajet tahun depan iaitu bajet 2014.

Kita berharap agar Bajet 2014 lebih memihak kepada rakyat .Bukan lebih memihak kepada kronisme.
Antara yang bakal di bentangkan pada bajet 2014 nanti adalah :


 #Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam.
 "Kali ini kita minta lebih kerana kadar peningkatan kos di bandar sebagai contoh gaji RM3,000 masih dikategorikan miskin bandar," kata Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda.
  Cuepacs berpendapat kerajaan juga perlu menurunkan kadar peratus pinjaman perumahan daripada empat peratus kepada satu peratus.
  "Kebanyakan mereka tidak mampu membeli rumah kerana harga yang terlalu mahal. Kita mahu kerajaan mengurangkan kadar peratus pinjaman dan membina lebih banyak rumah mampu milik,"
  Cuepacs turut menyarankan kerajaan supaya tidak tergesa-gesa dalam melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

#Kerajaan akan memberi tumpuan khusus kepada langkah-langkah untuk menangani peningkatan kos sara hidup rakyat.

#kerajaan juga merancang untuk menambah lebih banyak Klinik 1Malaysia serta Program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) yang terbukti banyak memberi manfaat dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat.

#Pusat Jagaan 1Malaysia bagi meringankan beban ibu bapa akan diwujudkan di semua pejabat kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) sebelum diperluaskan kepada syarikat swasta.untuk memudahkan ibubapa memantau anak-anak kecil mereka.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata akan memberikan  fokus kepada tiga perkara antarnya bajet untuk mentrasformasikan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), program pembangunan belia dan menaiktaraf kemudahan sukan seluruh negara termasuk gelanggang futsal yang uzur.

Khairy berharap kerajaan akan menyalurkan bajet tambahan untuk menjayakan tiga fokus itu.

 Ini adalah sebahagian daripada agenda-agenda yang bakal dibentang esok.semoga dapat manfaat untuk semua rakyat Malaysia.Bajet 2014 penentu masa depan rakyat Malaysia.

Pakatan Rakyat juga berharap supaya kerajaan memainkan peranan yang cemerlang untuk rakyat.Pakatan Rakyat  Melihat Laporan Audit Negara 2012, Pakatan Rakyat merasakan banyak program pembangunan dapat dijalankan jika RM20 bilion hingga RM30 bilion yang “hilang” dan “bocor” akibat pengurusan dana yang lemah & kurang amanah selama ini.

 Intipati Belanjawan 2014 Malaysia Pakatan Rakyat
  1. Dibina Lebuhraya Pan-Borneo yang menyambungkan bandar-bandar di Sabah dan Sarawak secepat yang mungkin iaitu seawal tahun 2014
  2. Polis kabotaj yang melibatkan negeri Sabah & Sarawak perlu disemak semula bagi membolehkan harga kargo dan barang-barang yang dibawa masuk dan keluar boleh diturunkan
  3. Kemudahan air & elektrik di Sabah & Sarawak perlu diberikan perhatian yang lebih
  4. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dihentikan
  5. Mengkaji dasar perbelanjaan kerajaan, terutama dalam kontrak dan perolehan peralatan
  6. Bagi mengekang lonjakan harga rumah, sistem cukai keuntungan hartanah (RPGT) pada tahap sebelum 2007 akan digunapakai , iaitu cukai berperingkat pada kadar 30% bagi tahun pertama sehingga cukai terendah lima peratus bagi penjualan pada tahun kelima.
  7. Peruntukan tambahan kepada sekolah aliran vernakular pada kadar RM300 bagi seorang pelajar setahun.
 Bajet 2014 akan dibentangkan pada 25 Oktober 2013 bersamaan hari Jumaat. Selain in, Datuk Seri Najib juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang dipengerusikan olehnya bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

 “Pejabat dasar fiskal di Perbendaharaan akan berkhidmat untuk jawatankuasa ini. Ini menunjukkan keseriusan dari segi menguruskan kedudukan fiskal dan mengurangkan defisit fiskal kita. Kerajaan berada kedudukan yang betul untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada 4.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas kepada empat peratus tahun ini.

Datuk Seri Najib turut menyatakan bahawa tema perundingan belanjawan tahun ini ialah, Mengotakan Janji, Merancakkan Transformasi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...