Loo Jo Yee, siapakah gadis ini?
Gadis ini menyimpan banyak cerita dan kisah suka duka dalam usaha nya
untuk berhijrah dan memeluk agama Islam. Mari kita sama-sama kongsi
kisah beliau.
Beliau tiada nama Islam kerana
sekarang, seseorang muallaf sudah tidak perlu untuk menukar nama dengan
nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak
perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah. Beliau
telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia
mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun
sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.
Keluarga Jo Yee merupakan pengikut
agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di
sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga
menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui
dua peristiwa yang menarik. Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai
rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang
agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa
rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian. Namun untuk berdebat
dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi
Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan
Islam.
Semakin
beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam.
Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah
diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji
Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan
itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu
adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah
kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid
di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah
penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan
beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak
memberi semangat kepada beliau untuk berdoa kepada Allah Taala. Beliau
cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau
menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan
kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada
waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah..
Allahuakhbar! Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih
Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja
yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima
selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan
keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga
angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap
selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang
seusia dengan cara tersendiri.