Anwar Ibrahim Saman Blogger Papagomo RM 100 Juta Kerana Sebar Gambar Seks Dengan Gay!

Papagomo: Susulan penyebaran gambar seorang lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang lagi lelaki lain dalam aksi “mesra” penghujung minggu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu memulakan prosiding undang-undang terhadap blogger pro-Umno.
Pengendali blog yang lebih terkenal dengan nama pena Papa Gomo atau nama asalnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, didakwa menyiarkan gambar berkenaan pada 16 Mac lalu.



Anwar Ibrahim telah pun mengambil tindakan terhadap fitnah ke atas dirinya.Namun dalam masa yang sama, ramai juga blogger yang mempertikaikan tindakan saman tersebut yang rata-ratanya, datang dari blogger Pro-Umno sendiri.
Papagomo, dalam masa yang sama selepas Anwar Ibrahim menyaman beliau, membuat permohonan maaf terhadap penyebaran gambar seks gay tersebut.Tetapi, pada kami, ianya berbentuk sinis.Malah Papagomo sendiri juga dalam artikel permohonan maafnya mendesak Anwar Ibrahim agar menggugurkan tuntutan saman RM 100 juta terhadap beliau.Lihat petikan kenyataan Papagomo di bawah:

Dikatakan ianya disebabkan beliau mempunyai video terbaru perlakuan liwat Anwar Ibrahim yang dikatakan baru sahaja berlaku dalam bulan Februari yang lalu berada dalam simpanan beliau.Malah, ianya juga berbentuk warna.Bukan lagi hitam putih seperti video seks Anwar Ibrahim yang dibongkarkan oleh Trio Datuk T dan yang terbaru, perlakuan seks songsang bersama pasangan lelaki.
Papagomo hanya memberi 48 jam sahaja masa untuk Anwar Ibrahim menarik balik tuntutan saman RM 100 juta sebelum Papagomo mengambil tindakan untuk menyebarkan video seks liwat terbaru Anwar Ibrahim. Pendapat kami, politik di Malaysia, sudah semakin parah, jijik dan kotor.
Aib-mengaibkan, sudah menjadi lumrah dan kebiasaan.Namun begitu, kami serahkan kepada anda untuk menilai kesudahan kes video seks Anwar Ibrahim dan pertelagahan yang berlaku dengan blogger Papagomo ini.

                                                                  -sumber-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...