Keputusan SPM 2012



Keputusan SPM 2012 - 21 Mac 2013


tarikh keputusan spm 2012 keluar

Calon-calon SPM 2012 boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada 21/3/0201
Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos
Boleh juga semak keputusan SPM melalui  SMS

Cara semak SPM melalui SMS:
Taip SPM No KP AngkaGiliran hantar ke 15888.
Perkhidmatan SMS ini akan diaktifkan dari jam 10 pagi21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam27 Mac 2013.
Bila keputusan dah dapat, banyak urusan yang perlu diuruskan.  Dari keputusan tersebut, anak-anak akan mula merancang  untuk meneruskan pengajian dari pelbagai Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta ( IPTA/IPTS)
Kalau keputusan memenuhi syarat layak, pastikan:-

Selain daripada universiti-universiti samada  IPTA/IPTS ,  ada banyak lagi institusi  latihan yang menjalankan program latihan kemahiran pra-perkerjaan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian. Contohnya Jabatan Tenaga Manusia,   Program latihan perindustrian sebenarnya cukup bernilai dari segi pasaran pekerjaan kerana kursus yang diterima akan  melahirkan tenaga mahir negara dari peringkat sijil latihan hinggalah Diploma Lanjutan dalam pelbagai bidang .

Jabatan Tenaga Manusia ( JTN)  sekarang membuka permohonan pengambilan pelajar baru :
  • Bidang Teknologi Minyak & Gas bagi Sesi Latihan Julai 2013 di ADTEC Batu Pahat, ILP Pasir Gudang & ILP Labuan
Permohonan  dibuka mulai 18 Mac 2013 (Isnin) hingga 15 April 2013 (Isnin).
  • Program Pra Diploma & Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang bagi Sesi Latihan Julai 2013 di ADTEC Shah Alam
Permohonan dibuka mulai 13 Mac 2013 (Rabu) hingga 26 April 2013 (Jumaat).

Sila klik pautan borang permohonan untuk muat turun borang permohonan di sini [klik] atau klik Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam untuk rujukan kursus yang ditawarkan sama ada sepenuh masa atau separuh masa.


*buat semua pelajar saya doakan agar anda semua berjaya dengan cemerlang didunia dan akhirat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...