Teknik pelaburan bijak cara jutawan



Saya tahu anda seorang yang rajin bekerja dan memberi khidmat yang tidak berbelah bagi kepada syarikat atau jabatan tempat anda bekerja. Ramai yang bekerja tetapi selepas hampir 30 tahun memberikan khidmat, mereka terpaksa bergantung kepada duit pencen yang hanya mampu bertahan untuk beberapa tahun sahaja.
Kemudian mereka terpaksa bekerja semula dengan gaji rendah dan pusingan hidup bekerja berulang lagi. Saya harap ini tidak terjadi kepada anda kerana anda bakal mengetahui bagaimana anda boleh bekerja makan gaji dan menjadi jutawan apabila bersara kelak.

Rahsia Dibongkar!                                                                      
Apabila anda menerima gaji setiap bulan, apakah yang anda lakukan?
Jika anda tergolong dalam 90% orang biasa, tentunya anda berikan gaji anda kepada orang lain terlebih dahulu. Anda tidak percaya?
Ini bermaksud anda mungkin berikan dahulu kepada bank (bayar bil rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya) telekom, courts mammoth, tanjung golden village (tengok wayang), shopping di Jusco dan sebagainya. Ini memang biasa sebab semua orang lakukannya. Tetapi anda sebenarnya telah melakukan kesilapan yang akan menyebabkan anda terpaksa bekerja semula selepas 55 tahun kelak!
Kadangkala Anda terlupa…

YA! Anda lupa untuk berikan duit kepada diri anda sendiri!
Mengapa anda sanggup bertungkus lumus, bangun awal pagi dan apabila anda menerima gaji anda berikan kepada orang lain dahulu. Sekarang, selepas anda mendapat gaji anda mesti mulakan tabiat baru untuk berikan ganjaran kepada diri anda dahulu!
Kemudian barulah kepada orang lain. Berapa banyak?
Paling baik ialah antara 20-30 peratus daripada gaji anda disimpan untuk pelaburan masa depan!
Jika anda menerima gaji RM2000 sebulan, RM400 – RM500 mestilah disimpan untuk pelaburan dan anda gunakan bakinya untuk membayar kepada orang lain. Tapi gaji saya tidak cukup? Gaji anda tidak cukup disebabkan anda berbelanja lebih daripada yang sepatutnya. Jika gaji anda RM2000, anda mesti hidup dengan 60% – 70% daripada gaji anda.
Jangan berbelanja lebih daripada itu. Jika tidak anda tidak mempunyai wang untuk disimpan dan ini adalah satu kerugian yang cukup besar. Kemudian saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana 20-30% simpanan anda setiap bulan boleh menyebabkan anda bergelar jutawan satu hari nanti.
Teknik ini biasa digunakan oleh jutawan dalam menggandakan wang mereka. Terdapat 3 prinsip simpanan yang biasa mereka gunakan.

Prinsip Pertama:
Lebih cepat anda menyimpan lebih senang
Tahukah anda seorang yang berumur 25 tahun menyimpan sebanyak RM100 sebulan (RM1,200 setahun) akan mengumpul RM349,000 apabila beliau berumur 65 tahun ( faedah sebanyak 8% setahun)?
Jika beliau bertangguh selama setahun, “kerugian” sebanyak RM27,800. Jika beliau menunggu selama 5 tahun, jumlahnya kurang sebanyak RM120,000 selepas mencapai tempoh persaraan, dan jika menunggu sehingga 10 tahun jumlah akan berkurangan sebanyak RM200,000!
Dengan RM100 sebulan, jumlah yang disimpan selama 10 tahun ialah RM12,000 tetapi kekayaan yang hilang ialah RM200,000. Ini adalah satu impak daripada faedah kompund iaitu wang yang dilaburkan akan dikenakan faedah setiap tahun. Ia seperti pengembala kambing yang mendapat 2, 4, 8, 16, 32, 64, 128. 256 dan seterusnya apabila kambing-kambingnya beranak dan beranak.
Adalah sesuatu yang rugi jika anda masih menunggu, dan ia seakan tregedi jika anda tidak menyimpan langsung. Mulakan menyimpan hari ini dan saya cadangkan anda mula menyimpan dengan syarikat insuran No.1 di Malaysia iaitu Great Eastern.

Prinsip Kedua:
Bila anda menyimpan sama penting dengan berapa banyak anda menyimpan
Katakan dua orang yang sama umurnya, telah menyimpan RM5,000 setahun selama 15 tahun berjumlah RM75,000. Orang yang pertama menyimpan dari umur 20 hingga 35, sebelum berkahwin. Orang yang kedua menyimpan jumlah yang sama tetapi selepas anak-anaknya bekerja. Beliau menyimpan sebanyak RM75,000 dari umur 55 hingga 65.
Semasa berumur 65 tahun, orang yang pertama jumlah simpanannya menjadi RM750,000! – 10 kali daripada jumlah yang disimpan. Ia merupakan satu perbezaan yang besar daripada orang yang kedua yang mengumpul hanya RM75,000, walaupun kedua-duanya menyimpan jumlah yang sama.
Perbezaannya ialah bukan berapa banyak yang disimpan tetapi bila simpanan itu mula dibuat. Kesimpulannya ialah kita perlu menyimpan seberapa banyak yang boleh dan seawal yang boleh!

Prinsip Ketiga:
Berapa banyak anda simpan adalah lebih penting daripada berapa banyak pendapatan anda
Nampaknya seperti membingungkan tetapi anda tidak perlu mempunyai pendapatan besar untuk menjadi kaya. Di negara maju, ramai orang dengan pendapatan biasa sahaja telah menjadi kaya kerana mereka berjimat dan menyimpan lebih banyak daripada orang lain.
Mereka yang dengan konsisten boleh menyimpan lebih daripada 10 peratus akan menjadi lebih kaya dengan cepat daripada mereka yang tidak menyimpan.
Contohnya, satu keluarga yang berpendapatan RM30,000 setahun. Katakan mereka berjimat dan berjaya menyimpan 25% daripada pendapatan sebulan di bank, menjadi RM7,500 setahun (RM625 sebulan). Selepas 25 tahun, pendapatan yang dikumpul ialah RM594,000.
Sekarang bandingkan dengan keluarga yang berpendapatan RM50,000 setahun, tetapi mereka suka membazir dan hanya menyimpan sebanyak 5% daripada pendapatan atau RM2,500 setahun (RM208.33 sebulan). Selepas 25 tahun, pendapatan terkumpul di bank ialah hanya RM198,000.
Sekarang anda sudah mengetahui rahsia teknik pelaburan yang biasa digunakan oleh professional dan jutawan. Bincangkan bersama-sama keluarga anda dan saya harap anda dapat menyimpan secepat mungkin!
Selepas ini anda tahu apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja anda mendapat gaji setiap awal bulan. Bayar kepada diri anda terlebih dahulu dan kemudian barulah berikan kepada orang lain!

sekiranya anda berminat utk mengetahui tentang cara menguruskan kewangan anda dgn betul sila hubungi saya utk maklumat lanjut... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...