golongan muda lebih minat menabung

Pengguna muda Malaysia terutamanya golongan lelaki merancang untuk lebih banyak menabung dalam tempoh enam bulan akan datang, demikian menurut satu kaji selidik MasterCard.
Ia berkata penduduk Malaysia yang berusia antara 18 dan 30 (28 peratus) merancang lebih banyak menabung dalam tempoh enam bulan akan datang berbanding pengguna yang lebih berusia antara 31 hingga 45 tahun (19 peratus), 46 hingga 55 (22 peratus) dan 56 tahun ke atas (15 peratus).
MasterCard dalam satu kenyataan berkata kaji selidik itu mendapati pengguna di Asia-Pasifik, Timur Tengah dan Afrika menabung untuk hari-hari sukar yang tidak dijangka dan mereka yang berusia di bawah 30 tahun lebih banyak menabung berbanding pengguna yang lebih berusia. Kaji selidik itu yang dijalankan antara 23 Mac dan 18 April, 2009, melibatkan 9,211 pengguna di 21 pasaran.
Antara inti pati bagi Malaysia ialah pengguna lelaki (24 peratus) bercadang untuk lebih banyak menabung berbanding pengguna wanita (23 peratus) dalam tempoh enam bulan akan datang. Keadaan tidak menentu juga menyebabkan 70 peratus pengguna Malaysia sama ada mengekal atau meningkatkan tahap tabungan mereka sebagai persediaan bagi perbelanjaan kecemasan yang tidak dijangka.
Pengguna Malaysia juga menabung untuk pelaburan (59 peratus), persaraan (52 peratus) dan membeli hartanah (28 peratus). Majoriti pengguna Malaysia (31 peratus) merancang untuk menabung antara 1-10 peratus daripada pendapatan mereka dalam tempoh enam bulan akan datang. Kaji selidik itu juga menunjukkan lapan daripada 21 pasaran di seluruh rantau ini, majoriti penggunanya merancang untuk lebih banyak menabung dalam tempoh enam bulan akan datang.
Menerajui senarai penabung ialah di Vietnam sebanyak 52 peratus, India (47 peratus), Emiriah Arab Bersatu (47 peratus), Afrika Selatan (47 peratus), New Zealand (46 peratus), Filipina (45 peratus), Qatar (44 peratus) dan Australia (43 peratus). Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda di sini