Seminar Roket Emel Najib Asaddok memang awesome!!

Seminar Roket Emel Najib Asaddok memang awesome!!

Baru-baru ni aku dipelawa oleh seorang sahabat untuk join satu seminar di Kuala Lumpur.Disebabkan ada kelapangan dan rasa ingin belajar masih ada lagi dalam jiwa,aku pun pergi pada tarikh seperti dijanjikan di Wisma MCA Kuala Lumpur.
Sebenarnya tajuk seminar Roket Emel ni pun aku tak tahu.Dah sampai kat tempatnya baru aku tanya "apa tajuk seminar" nampak tak kat situ permainan dia.

Nama Najib Asaddok pun baru pertama kali aku dengar dan kenal.Sebab semua diuruskan oleh sahabat aku tu.Jadi aku pun tak berapa ambik port sangat.

seminar roket emel

Kehadiran peserta ramai juga,ada dalam 400 peserta mengikut apa yang diaorang bagitau masa pendaftaran.Ramai juga.Seat ada yang VIP dan seat biasa.Biasalah seat VIP mesti mahal sikit dalam RM180 manakala seat biasa RM80 tu pun sebab aku register 4 orang dapat diskaun.

Seminar Roket Emel! Mula-mula macam janggal.Kenapa nak belajar pasal emel.Rupanya Najib Asaddok ni kelebihan dia adalah pada part "CopyWriting" jual apa saja pasti jadi duit.Beza orang ilmu tinggi dengan orang biasa-biasakan.

Kalau aku nak pen sebatang pun belum tentu laku lagi.Dalam seminar Roket Emel ,Najib banyak buat pendedahan tentang ayat 'COPYWRITING" atau ayat power semasa menjual.Najib banyak menekankan supaya jangan menjual tapi mainkan emosi bakal pelanggan dahulu.Bila emosi sudah terganggu baru bagi apa pun customer beli.

seminar roket emel 2016

Banyak juga ilmu yang aku dapat dari seminar Roket Emel ni.Dengan bayaran RM80 tu aku dah rasa sangat berbaloi dengan apa yang aku dapat.Najib Asaddok juga pakar menggunakan FB ADS.Banyak teknik yang diajarkan.

Mereka yang buat perniagaan internet terutamanya yang berniaga secara online amat-amat disarankan untuk join Seminar ini.Memang awesome terbaik.Ilmu FB ADS sebenarnya sangat luas.Dan jika di lakukan tanpa ilmu akan jadi pembaziran yang sangat besar.

Aku dah cuba buat kajian tentang FB ADS.Mula-mula aku buat tanpa ikut apa yang Najib suruh.Ternyata kos iklan jadi mahal dan iklan tak sampai pada target market.

Kemudian aku follow arahan sebenar dan ia tidak mengecewakan.Kos iklan jadi murah dan target market sampai.

intensif momentum perniagaan internet

Inshaa allah jika ada rezeki lebih aku akan sambung atau join kelas intensif Momentum Perniagaan Internet Najib Asaddok.Ternyata beliau merupakan seorang anak muda yang berjiwa besar.Ledakan perniagaan internet bakal berlaku nampaknya.

Bukan senang nak senang.Pengorbanan harus dilakukan.Menuntut ilmu itu wajib.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...