Withdrawal Google Adsense Guna Wire Transfer.

income adsense

Seperti yang dijanjikan kelmarin,Sebelum ni aku ada cerita tentang pendapatan google adsense pertama aku .Harini aku  akan update status pengeluaran akaun adsense kat sini.Jumlah terkumpul yang ada di akaun sebanyak USD102.10.

Kalau di convertkan ke nilai Ringgit Malaysia ikut nilai hari ini boleh dapat RM432.Tepat pada tarikh 21 Januari 2016 akaun google adsense aku dah jadi kosong.Berdasarkan maklumat yang diterima Google adsense akan membuat pembayaran pada tarikh tersebut.


income google adsense

Diatas ni Email yang aku terima dari pihak Google adsense.Pembayaran akan terus dimasukkan ke akaun Maybank.Sepertimana yang diminta semasa proses isi form sebelum ni.Kemudian semuanya akan dilakukan secara automatik.Pengeluaran min USD100.Cukup je usd100 wang akan akan terus di masukkkan ke akaun penerima.

Proses wire transfer mengambil masa lima hari waktu bekerja.Cukup lima hari duit dah masuk ke akaun maybank aku sebanyak RM426.17.Berapa charges yang dikenakan aku pun tak tau.Mungkin dalam anggaran RM10 kot.

Ada yang bagi cadangan suruh guna western union.Tapi aku memilih Wire Transfer sebab lebih mudah.Duit terus masuk akaun.Tak perlu nak pergi ke bank.

income adsense google
Harap-harap dengan pembayaran dari google adsense ini akan membuatkan aku lebih bersemangat untuk berblog.Siapa kata berblog tiada masa depan.Siapa kata?Aku tak kata.

Kembang kempis hidung bila dapat first payment dari adsense.Rezeki allah maha luas.Janji ada usaha.sikit atau banyak bukan masalah.Apa yang penting teruskan berusaha.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...